Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dijangkakan sebelum ini, semakan bagi keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi sesi 2011 telah boleh dibuat secara dalam talian.
Semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 telah boleh dibuat mulai hari ini, 18 Januari 2011.
Semakan Keputusan Permohonan ke SBP Tingkatan 4
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP tahun 2011 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
Pautan untuk membuat semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP sesi 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2011.
e-Rayuan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian.
Pautan untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 ini biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Februari.
Kemasukan Pelajar Baru ke SBP Tingkatan 4
Pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 7 Februari 2011.
Maklumat Tambahan dan Rujukan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.
beliamuda: Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya mendapat tempat ke Tingkatan 4 SBP untuk sesi 2011. Bagi yang berjaya ke SM Sains Alam Shah, selamat bertemu dengan adik saya di sana (senior korang). ^_^
Pingback: Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011 | beliamuda {dot} com
Kepada yang dapat sm sains alam shah bagus la.
Sekolah yang bakal menjadikan anda lebih baik.
Haz´s last blog about ..ASIS-Place For A Leader
@Haz, bagaimana dgn pengisian kerohaniannya haz??/sejauhmana karakter dan nilai
nilai murni pelajar…adakah seimbang akademik dan sahsiah….risau ni nak oii
@mak njang, pengisian ye cukup berdasarkan kepada pengalaman saya.
pelajarnya pula bergantung kepada pelajar yang kita bergaul jugak.
Secara keseluruhan pelajarnya baik.
dan yang penting,free from buli.
Sekolah tersebut mendapat no ke 5 Malaysia SPM dan mempunyai badan dakwah
yang bagus.
Haz´s last blog about ..Full Highlights Aston Villa VS Manchester City
tak dapat. sedeh. dpt 8A pon susah. tp tawaran tak dpt.. T.T
@morry, saye pn x dpt.. 🙁
@morry, @iera, uikz adik2 jgn sedey2….dulu saya pn x dapat jugak. Mungkin belum ada rezki. Tapi cubalah mohon mana2 asrama penuh. Cuba try Sekolah kat USJ 5 subang jaya. Pelajar cemerlang mcm U all ni kerajaan patut jaga tau…
@morry, kamu check d mana? sudah ada keputusan untuk kemasukan ke mrsm?
sy dpt 8a pon ssh nak dpt sbp. 7a n 6a lg sng dpt sbp.
aida´s last blog about ..Esok!
@aida, yaaa i pun same tak dapat even dapat 8A . Cikgu i kata 45% from status sosial ekonimo so i rase i tak layak part tu -,-
@mira, i mean ekonomi
Alhamdullillah saya dapat sek men sains Kuala terengganu 7/2 kena daftar
@aizad,
Wah! Same la kite. Saya pun dapat SESTER 🙂
Khairunnisa Azalin´s last blog about ..Jadikan BLOGGING Sebagai Satu IBADAH
@Khairunnisa Azalin,
awak sek kat mana dulu
@aizad, SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara
Khairunnisa Azalin´s last blog about ..Rakyat Malaysia di Mesir Dalam Bahaya
@Khairunnisa Azalin,
jauhnya dapat dari KL datang sini hahahaha
@aizad,
Tau x pe, hahaha. Best ar, dpt pengalaman baru. Insya Allah ^_^
Khairunnisa Azalin´s last blog about ..Cepat Cepat! Nanti Tak Sempat!
Tahniah kepada semua adik2 yang dapat asrama penuh ye.
Yang tak dapat tu jangan lah terlalu bersedih.
Yang penting PMR dah pun berlalu,
fokus pula pada SPM.
Sebab orang x tgk PMR lepas ni…
Mr. Mantra´s last blog about ..Welcome! Please choose your Antivirus Sila pilih Antivirus anda
sy dpt sm sains hulu terengganu~~~x prnh dgr pun sklh ni sbnrnye…dgr kate msih bru…
@faziera, mmg baru pon..cantik sklhnye..
@faziera, saya dpt sains hulu terengganu jugak. skolah bru. see u lah nanti 🙂
nadiah´s last blog about ..latest news !
@nadiah,
Sek Sains Hulu trg ni jauh sikit lah maklum lah Hulu kan n tempat baru
den dapek 8a 1b x dapek poi mano2…sodeh gilo ni…….niat hati den nak masok smap labu….tak dapek…sodehhhhhhhh.harap2 second take dapek lah….samo2 doa yo…-ans-
susahnye
Pingback: Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Pengambilan 2011 | beliamuda {dot} com