Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011

Salam sejahtera buat semua.

[Semakan Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011]

Seperti yang dimaklumkan dalam entri sebelum ini, berkenaan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 yang masih lagi belum boleh dibuat semakan secara dalam talian, beberapa info telah diberikan oleh pembaca.

Untuk makluman para pelajar dan ibu bapa pelajar yang menduduki PMR 2010 dan telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi sesi 2011, keputusan kemasukan telah sedia ada.

Terdapat beberapa pembaca memaklumkan bahawa ada pelajar yang telah menerima surat tawaran kemasukan ke SBP Tingkatan 4. Dimaklumkan, surat tawaran kemasukan tersebut telah diposkan pada 14 Januari dan tiba di tangan penerima pada 15 Januari (semalam).

Tidak dapat dipastikan sama ada semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 2011 boleh dibuat secara dalam talian atau tidak. Sebarang makluman terkini akan diberitahu kemudian.

beliamuda: Tahniah kepada yang berjaya dengan permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 sesi 2011.

16 thoughts on “Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge