Salam sejahtera buat semua.
Seperti yang dijangkakan sebelum ini, semakan bagi keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 bagi sesi 2011 telah boleh dibuat secara dalam talian.
Semakan keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 telah boleh dibuat mulai hari ini, 18 Januari 2011.
Semakan Keputusan Permohonan ke SBP Tingkatan 4
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP tahun 2011 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.
Pautan untuk membuat semakan keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP sesi 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2011.
e-Rayuan Kemasukan ke SBP Tingkatan 4
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian.
Pautan untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 ini biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir bulan Februari.
Kemasukan Pelajar Baru ke SBP Tingkatan 4
Pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 7 Februari 2011.
Maklumat Tambahan dan Rujukan
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.
beliamuda: Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya mendapat tempat ke Tingkatan 4 SBP untuk sesi 2011. Bagi yang berjaya ke SM Sains Alam Shah, selamat bertemu dengan adik saya di sana (senior korang). ^_^
sabo jela
Pingback: Keputusan SBP 2011 Untuk Tingkatan 4 Masih Belum Diumumkan | beliamuda {dot} com
cam nea nax smak list yunk dapat erk??
@jiwaa lara, tak dapat semak pun, kecuali untuk diri sendiri.
asal la x dapat masuk sbp,,.,.,. pelik betul.,.,,kenapa haaa,.,.
@naimah,
sy ni x dpt mrsm..padahal sy slalu dpt 8a dan 9a dlm stiap kali exam..geram2..org 9a pmr x dpt…yg 6a tu dpt lak…x aci arrr !!!
alhamdulillah sya dpat kisas tp trpksa tolak sbb skolah trsbut jauh dri rumah sya skrang.naji kat mna2 pun sma aslkan usha untk dpat cmerlang 2 yg pnting.
@sofiya, yang penting usaha sendiri kena ada walaupun belajar di mana2.
:'(
salam..tumpang tanya..e rayuan utk form 4 sesi 2012 tkde ke??
Haizz…x aci la,,,sy dpt 9A PMR x dpt un mrsm =___=
sy x mintak la sbp sbb nk mrsm..x dpt lah…sedihnye,,,,mmg mrsm nie x bagi peluang ke dekat ank cg yg beerpendapatan RM 12 ribu ke atas hah??? geram2 !!! dah la maths n sains sy slalu dpt 90 lebih ,,,x dpt lak !!! frust3!! stay kat smka la jwbnye ..Hmmm
@EL, anda sendiri sudah nyatakan apakah yang menyebabkan punca anda tidak mendapat tempat di MRSM.
salam .bila waris boleh tahu keputusan rayuan ke kisas tk 4 2013. tolong maklumkan!!!