Fatwa Pengharaman ESQ Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Salam sejahtera buat semua.

ESQ 165

Hari ini saya diberitahu oleh seorang rakan tentang pengharaman ESQ Leadership Training (ESQ 165). Fatwa pengharaman ESQ ini dikeluarkan oleh Mufti Wilayah-Wilayah Persekutan, Datuk Hj. Wan Zahidi melalui warta yang ditandatangani pada 10 Jun 2010.

Berikut adalah petikan daripada warta fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Lebih lanjut dalam terbitan oleh Pejabat Mufti di bawah:

Ustaz Zaharuddin pernah mengeluarkan ulasan dan komentar beliau berkenaan ESQ selepas mengikuti sendiri kursus ini hampir setahun yang lalu. Untuk lebih lanjut mengenai pandangan Ustaz Zaharuddin, anda boleh baca di laman blog beliau.

beliamuda: Saya sendiri pernah mengikuti kursus ESQ 165 untuk mahasiswa (Angkatan 1 UTP) hampir dua tahun yang lalu. Setahu saya, banyak organisasi memilih kursus ESQ kepada kakitangan masing-masing, termasuk beberapa organisasi besar di Malaysia. Lebih lanjut tentang ESQ di laman rasminya.

92 thoughts on “Fatwa Pengharaman ESQ Oleh Mufti Wilayah Persekutuan

  1. Lepas ni org awam jangan dekati agama, buat kerja cari duit masing2.
    Nak apply agama dalam hidup nanti dituduh sesat, liberal dsb.
    Biar org berjawatan agama seperti mufti sahaja dakwa tahu tentang agama.
    Orang awam ikut saja, cukuplah bentang sejadah, puasa tahan lapar dan tidur semasa khutbah.

    • @nabil,

      Semoga saudara cepat2 memohon keampunan dr-Nya…
      sbb 2 kalau nk bergakap kena berlapik…Lapik dgn ape??? Yakni menjadikan Alquran,hadith,ijma’ ulama’ dan qias yg benar…
      brgsiapa yg briman kpd Allah dan Hari kemudian,mka hndklah ia berkata yg baik(bermanfaat n xmenyesatkan@mengarut ikut nafsu),atau ia berdia diri…Kata Nabi S.A.W…
      Sape kate xpyh dekati agama…Kan ia Farihstul ‘ala kulli muskim au muslimatin… jgn jadi sesat plak…
      kalau org 2 ada ilmu akn ccepat rasa kehadiran suatu yg xmolek dalm diri dia….
      tugas2 ulamak ni layak ke saudara prsoalkan…
      Fatwa ni dikeluarkan bukan macam buat roti canai…
      Tolong jgn berhenti cari ilmu…
      yg menyebab jd sesat,sbb diri yg menuntut suatu ilmu yg sesat…
      mcm saudara td,tlh pn lari dari lndsn syara’…
      mntk tlg berfikir dgn mata hati dan bukan dgn nafsu…

  2. salam

    kesian mufti2 selain mufti wilayah yg telah di brain washed oleh esq..
    kesian alim ulama indonesia dari Majlis Ulama Indonesia, Dewan Da’wah, Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan Nahdatul Ulama kena brain washed oleh esq..
    kesian ustaz2 yg jatuh tersungkur lalu menangis sebab kena brain washed oleh esq, ni termasuk ustaz2 pas, jim, tabligh..

    semua kena brain washed…mari kita doakan mereka bertaubat nasuha..

    persoalannya..kalau mufti wilayah benar..maknanya ilmu mufti wilayah jauh lebih tinggi dari SS Tan Sri Harussani, SS Noh Gadot, mufti penang, mufti perak, mufti selangor..tak termasuk ustaz2 lain..

    lupa pulak, Tok Guru Nik Aziz pun suruh ahli dewan rakyat kelantan pi training esq..kesian semua kena brain washed..

    sungguh licik esq dapat brain washed ulama se nusantara…dasat..

    jom taubat nasuha

  3. Salam Mujahadah,

    Ambil, simpan n amalkan yang jernih…
    fikirlah sebaik2nya…zikirlah sedalam-dalamnya…
    jika ada yg keruh..buanglah skiranya tidak mampu, semoga ia terus mengalir…dengan harapan akan ada insan (ulama’ mu’tabar) yang mampu menjernihkan kekeruhan itu…insyaAllah.

    komen peribadi : agak terkilan dgn pngharaman ini…
    Hafriz´s last blog about ..Solat – Amanah AgungMy Profile

  4. Salam…macam mana Mufti tu leh kuarkan statement HARAM…sedangkan…sehingga di saat ini..dier sendiri pon belom pernah menghadiri ESQ Training…hanya satu kata boleh saya sampaikan…”Beruntung bagi yg mensucikannya..Rugilah bg yang mengotorinya…” Subhanallah….

  5. salam! semua yg dirahmati Allah!!
    sy juga penah ikuti esq basic & mcb!!
    dan baca buku esq edisi Malaysia.
    dalam buku tu, ia lebih banyak menceritakan pengalaman pak ary dan dikaitkankannya dengan penemuan sains ataupun kata-kata cerdikpandai dari barat..
    ***(macam kita buat assigment gaklaa, kan kita amik rujukan dan orang barat, orang timur dan juga rujukan dari hadis juga firman-firman Allah jika ianya berkaitan dgn tajuk assinment kita)***
    inilah juga yang berlaku pada pak ary..
    DAN pada setiap akhirnya tajuk-tajuk kecil.., dia akan buktikan bahawa apa yg dia baca dari buku orang barat itu..,
    segala idea mereka itu..,
    SEBENARNYA telah ada dinyatakan di dalam AL-QURAN DAN JUGA HADIS-HADIS!!
    jadi apabila kita membaca buku pak ary ataupun buku yang seumpamanya dengannya.., hati dan pemikiran kita bukan saja kagum dengan penemuan mereka TETAPI juga ianya telah MENAMBAHKAN KEYAKINAN KITA BAHAWA SETIAP APA SAJA YANG BERLAKU DI DUNIA INI TELAH PUN DINYATAKAN DI DALAM AL-QURAN!!!
    Bagi menambahkan lagi rasa KECINTAAN KITA PADA ALLAH DAN RASULNYA maka pak ary telah jadikannya sebuah program motivasi yang lebih dikenali sbg “ESQ Training”. Dalam training ini, difokaskan betapa perlunya kita untuk memiliki Spiritual yg kukuh, Emosi yg cerdas selain dari iQ yg tinggi.

    ((*bagi saya, sebelum ni kita telah banyak ikuti kursus motivasi.. dan unsur Spiritual agak kurang diketengahkan*))

    maknanya ini bukanlah ajaran baru tetapi hanyalah sebuah program sebagaimana anjuran DR.Fadzillah ataupun lain-lain pakar motivasi di negara kita ini.
    CUMA KELEBIHANNYA ialah ia berjaya menjalankannya dengan teknologi terkini, gaya penyampaian berkarakter, diiringi latarbelakang muzik keinsafan dan berbagai-bagai skill lagi lah!!
    TUJUANNYA hanyalah satu iaitu agar impaknya memberikan kesan pada hati dan kembali mengagungkan Kebesaran Allah PADA SETIAP DETIK kehidupan kita ini!!

    ***(bukankah kita sering dilekakan dgn otak yang bijaksana, pangkat, harta juga aktiviti sosial kita seharian)***

    ***cuba renungkan!!!
    dulunya kita sdg belajar, dengan berbagai jurusan.., nanti akan dapat ijazah dgn berbagai-bagai nama… buku-buku rujukan kita daripada mana?? bahasa apa?? siapa penulisnya??
    akhirnya kita keluar sebagai orang berilmu.. ttg usahawan @ saintis @ it @ pendidik @ akitek @ jurutera @ perbankan juga adayang jadi pegawai-pegawai agama!!!

    OK CONTOHNYA KITA NI TAKDE DEGREE PENGAJIAN ISLAM

    TETAPI setelah cukup pengalaman dan sebagainya.. bahawa kebijaksanaan dan juga kemewahan yang kita miliki ini adalah anugerah ALLAH, MAKA KITAPUN CUBA KARANG BUKU CERITAKAN SEGALA PENGALAMAN KITA.. kita kaitkan dengan penemuan cerdikpandai Islam juga penemuan saintis barat.., dan diatas anugerah ALLAH pada kita, kita berjaya kaitkan segala penemuan tersebut dengan firman-firman Allah dengan tujuan untuk memberikan kesedaran bahawa ilmu Allah ini sangat luas…

    ….THEN tiba-tiba buku kita dikatakan haram, kerana kita telah kaitkannya dengan kata-kata orang barat dan kerana kita bukan aliran agama!!
    SEDANGKAN KITA BERNIAT BAIK (agar semua orang Islam menguatkan keimanannya kepada ALLAH).
    APA PERASAAN ANDA???
    Adakah kerana kita bukan aliran agama, maka kita tidak layak memasukkan firman-firman Allah di dalam buku kita??

    INILAH YANG TELAH BERLAKU!!!

    saya bukan nak mempertahankan mana-mana pihak tetapi sekadar mengajak kita sama-sama berfikir…

    untuk lebih jelas lagi cuba layari web http://www.zaharuddin.net
    dia ada beri pandangan TERKINI tentang Mufti, tentang ESQ dan juga ada jawapan dari esq berkaitan tuduhan mufti tersebut.

    *SEMOGA KITA SENTIASA DI DALAM TAUFIK DAN HIDAYAHNYA
    DAN MENGAMALKAN RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN DENGAN CEMERLANG*

    *akhir kata, jadikanlah setiap detik dari pekerjaan kita sebagai pengabdian kepadaNya*

    *sama-sama kita fahamkan surah ASY SYAMS (matahari) ini.
    (surat ke 91:15 ayat)

    **Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah
    lg Maha Penyayang**
    “Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
    dan bulan apabila mengiringinya,
    dan siang apabila menampakkannya,
    dan malam apabila menutupinya,
    dan langit serta pembinaannya,
    dan bumi serta penghamparannya,
    dan jiwa serta penyempurnaannya,
    maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
    kefasikan dan ketakwaannya,
    sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
    dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
    Kaum Tsamud telah mendustakan rasulnya kerana mereka
    melampaui batas,
    ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka,
    lalu Rasul Allah berkata kepada mereka:,”Biarkanlah unta
    betina Allah dan minumannya”
    lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu,
    maka Allah membinasakan mereka disebabkan dosa mereka,
    lalu Allah menyamaratakan mereka (dengan tanah).
    dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakanNya itu.”

    **Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahwa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud**

    *Maaf jika terdapat kekurangan di dalam hujah saya.., yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri*

    TERIMA KASIH!!
    SALAM KASIH SAYANG DARI SAYA!!

  6. apa kata, kita semua hormati keptusan masing2. Alumni yg rasa esq tak menyeleweng, teruskan dan amalkan sunggh2 ajaran Iman, Islam dan Ihsan… elakkan darfi buat training di wilayah. Hormati pendirian majlis Fatwa Wilayah. Bagi yg mengatakan esq menyeleweng, perlu juga hormati para ulama yg menyokong esq. Cukuplah esq diharamkan di wilyah… yg tempat lain, berlapang dadalah.

    sebab akhirnya nanti, kita semua yg akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dengan apa yg kita suarakan. Kita tak boleh mendabik dada mengatakan semua perkara dan semua yg kita tahu itu tepat dan benar belaka… Yg Maha Mengetahi itu hanyalah Allah…

    • @jebat, saya setuju dengan pandangan jebat. Hormati keputusan masing2.
      Pihak yang mengharamkannya ada hujahnya dan yang menyokong pun ada hujah tersendiri.
      tapi seelok-eloknya bila dah timbul keraguan tu, baiklah dijauhkan.
      yang penting agar kita terus berusaha dan berdoa agar sentiasa berada di dalam landasan yang diredhai Allah.

    • @jebat, pandangan anda rasional dan tidak emosional. Org yang rasional insya Allah lebih mudah menerima kebenaran kerana terbuka fikiran dengan hujah ilmiah. Sila ikuti tulisan seorg prof yg ahli dalam bidangnya memberi komen mengenai isu ESQ ini di http://www.kesturi.net/archives/1138#

  7. 1. ESQ ni melibat business yg besar, mereka adalah golongan peniaga. Sbb tu target awalnya adalah org2 yg bnyk RM.
    2. kenapa selepas mufti WP keluarkan fatwa haram dlm paper, tak berapa lama keluar pula fatwa kebangsaan kata tak haram, wal hal belum bersidang dan dpt keputusan lagi masa tu, sapa yg pandai2 buat press conference? hari pun kalau baca paper, majlis fatwa kebangsaan tak kata pun – tak haram @ tak menyeleweng, dia dia org cakap – mana2 yg menimbulkan keraguan boleh dibetulkan, maknanya betulkan hasil kajian mufti WP, mmg ada keraguan.
    3. yg di ajar semasa kursus tak ada salahnya tapi fahamannya yg meragukan. 2 benda yg berbeza. Yg perlukan org berilmu buat keputusan. Org berilmu yg tak terlibat dengan agenda business. Wallahualam
    4. Saya dah attend esq ni – oklah. sama cam kursus motivasi biasa cuma presentation canggih ler sikit, apa yg org nak taksub sgt pun tak tahu lah….

  8. Assalamualaikum wbt. Kebanyakan komen menunjukan ketidakfahaman mereka mengenai authoriti majlis fatwa negeri dan majlis fatwa kebangsaan. Selain dari itu pemberi komen tak berilmu dalam pengetahuan al quran dan Hadis. Mereka juga sangat kurang ilmu dalam asas mazhab dan fekah. Komen dibri ikut sedap tanpa mengetahui apa yang mereka tulis. Saya nasihatkan, biar majlis fatwa negeri saja buat fatwa dan menerangkan mengenai maksud fatwa. Orang awam patut diam sebab bercakap tanpa ilmu boleh bawa kepada kesesatan. sekian.

    • Sekarang yg keluar fatwa cuma WP saja. Ada dokumen fatwa yg jelas dan kajian ilmiah dari Mufti WP. Yg kebangsaan pula rasanya cuma keluarkan komen, boleh bg saya link salinan fatwa kebangsaan? boleh bg link kajian yg dibuat oleh majlis fatwa kebangsaan? mungkin saya tak jumpa.
      kenyataan akhbar majlis fatwa kebangsaan ni terlalu general, mana lah org2 jahil mcm saya nak tahu. Bagi ler kajian sikit, nak baca. letak kat laman web ke, dlm akhbar ke gazet fatwa tu dan hasil kajian majlis fatwa kebangsaan, sama mcm WP buat. senang org nak baca dan nak faham.

  9. Salam 165..Tuan/Puan yang kami hormati,
    Kami,di ESQ Leadership Center Sdn Bhd ingin mengundang Tuan/Puan untuk
    menghadiri Forum Khas Why ESQ 165?.Bersama SPRM & TEKUN.

    Tajuk : “KONSEP & KESAN KE ATAS PELAN TRANSFORMASI BERSAMA SPRM, TEKUN”
    Tarikh : 18 Julai 2010
    Waktu : 8.45 pm – 10.45 pm
    Tempat : Grandballroom, Hotel Flamingo Ampang
    Panel:
    1. Y.Bhg. Datuk Seri Abu Kassim MohamedKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
    2. Y.Bhg. Datuk Abdul Rahim Hassan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional
    3. Y.Bhg. Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah bin hj. Abd Halim Mantan Mufti Negeri Kedah merangkap Panel Syariah dan Akidah ESQ.
    Moderator : Hj. Ahmad Noor Sulaiman (Host HSQ)

    *Masuk adalah PERCUMA.*
    Terbuka kepada usahawan/profesional/eksekutif pimpinan syarikat.Maklumat
    lanjut sila layari laman web ESQ http://www.esq.com.my/ dan tempat
    adalah terhad.(Khas Dewasa)

    *Alumni dijemput hadir bersama rakan yang belum mengenali ESQ
    ~Forum khas bagi mereka yang ingin mengetahui ESQ 165~
    ESQLC´s last blog about ..Malaysia FORUM “THE ESQ WAY 165″ – MENGAPA ESQMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge