Salam sejahtera untuk semua.
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); kecuali UPSI dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semester November/ Disember Sesi 2009/ 2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011) dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/ 2011:
2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas
- Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) dengan CGPA 3.50.
BIDANG TAJAAN
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus seperti yang dinyatakan dalam perenggan Syarat Khusus (Kelayakan Akademik).
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- (Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
- Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
Rujuk Jadual Kadar Biasiswa untuk lebih lanjut.
Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
Rujuk Jadual Tempoh Kontrak dan Amaun Ganti Rugi.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari portal eSila atau terus ke laman permohonan.
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan.
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses.
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”.
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan biasiswa JPA ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 20010.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui portal JPA dan portal eSila 30 hari selepas tarikh tutup permohonan.
beliamuda: Sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar bagi biasiswa JPA. Faham2 je la kenapa…
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
salam..nak tanya..macam mna nak dptkn semula slip permohonan biasiswa JPA PIDN yg kami dah hantr utk sesi permohonan 2011/2012??
@Yana Najwa, Wasalam. Mengenai slip permohonan ni, mungkin boleh dihubungi pihak JPA terus. Sistem permohonan ditutup sebaik sahaja permohonan tamat tempoh hari, jadi mungkin pihak JPA sahaja yang mempunyai akses.
Salam..saya nak tnya berkenaan dengan biasiswa jpa..jpa dah luluskan biasiswa 2..time sy apply jpa sy lum berkahwin..tp time keputusan sy dah berkahwin..sy tepon org jpa tnya cam ner..so diorg suuruh isi borang n wat surat rasmi kpd jpa..cam ne nk wat surat rasmi 2???
@Nurul, wasalam. Adakah pihak JPA meminta anda membuat surat rasmi bagi membenarkan kelulusan biasiswa tersebut? Sebab, surat rasmi formatnya tidak berubah sejak ianya digunakan di zaman persekolahan.
@beliamuda, maksud saya head tajuk nk tulis pe yer??
@Nurul, sila rujuk jawapan saya dalam komen yang satu lagi.
@beliamuda, maksud saya head tajuk nk tulis pe yer??saya xpasti samada surat 2 berkaitan status sy atau memohon jap meluluskan biasiswa sy disebabkan status sy berkahwin
@Nurul, sebab itu saya tanya balik surat rasmi apakah yang pegawai JPA tersebut mahu anda tulis. Memang ada kebiasaannya dalam syarat penawaran biasiswa, iaitu tidak berkahwin. Diharap, anda dapat rujuk balik dengan pegawai JPA berkenaan.
@beliamuda, time kasih..sy dah dpt jwapn drpd pihak jpa
@Nurul, apakah jawapan yang diberikan oleh pihak JPA berkenaan dengan masalah anda?
@beliamuda, jpa suruh wat surat rasmi n antar borang2 yg disuruh
Slm,PNGk mtrk sy 3.83 dan dpt ukm kos kjrtraan elek.ley kewr apply jpa??
Pingback: Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012 – MSN – Scholarship in Malaysia | Biasiswa 2015/2016