Salam sejahtera buat semua.
Hari ini saya diberitahu oleh seorang rakan tentang pengharaman ESQ Leadership Training (ESQ 165). Fatwa pengharaman ESQ ini dikeluarkan oleh Mufti Wilayah-Wilayah Persekutan, Datuk Hj. Wan Zahidi melalui warta yang ditandatangani pada 10 Jun 2010.
Berikut adalah petikan daripada warta fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.
Lebih lanjut dalam terbitan oleh Pejabat Mufti di bawah:
Ustaz Zaharuddin pernah mengeluarkan ulasan dan komentar beliau berkenaan ESQ selepas mengikuti sendiri kursus ini hampir setahun yang lalu. Untuk lebih lanjut mengenai pandangan Ustaz Zaharuddin, anda boleh baca di laman blog beliau.
beliamuda: Saya sendiri pernah mengikuti kursus ESQ 165 untuk mahasiswa (Angkatan 1 UTP) hampir dua tahun yang lalu. Setahu saya, banyak organisasi memilih kursus ESQ kepada kakitangan masing-masing, termasuk beberapa organisasi besar di Malaysia. Lebih lanjut tentang ESQ di laman rasminya.
Assalam,
ESQ ini memeningkan, mengelirukan. So, baik jauhkan diri. Setakat nak training stretching, nyanyi2, nak chicken dance, game itu ini banyak lagi training progrem kat Msia. ESQ mungkin seswai bagi mrk yg selama ini tak genap solatnya, solat yg lalai, kalu genap pun tapi tak kusyuk, seswai bagi yg kurang kemesraan dgn ibubapa/suami/anak2 dsb. Bagi yg sedia hidup hatinya dgn AlQuran dan Assunnah progrem ESQ takdak maknya. Yg pernah attend training ESQ dulu tu udah udahlah. Takyah bertegak urat leher banggakan sangat. Selamatkan duit poket dari kena bayar mahal2 tu. Lebih baik ikuti progrem Bina Insan, summercamp, motivasi diri dari para motivator Malaysia spt Datuk Dr Fadzillah Kamsah, Datuk Bahyah, Dr Azizan Osman dan ramai lagi yg tak dpt disebut atau ikuti majlis2 ilmu di mesjid2 berhampiran rumah anda. Tepuk dada tanya iman. Dlm ramai2 mufti yg menghalalkan ESQ mesti ada hikmahnya Mufti Wilayah yg tajam pandangan mata hatinya. Bersyukurlah. Baca, baca, baca, kaji..kaji..kaji kebenaran AlQuran itu. Teruskan bertaubat dan mohon hidayah serta iman utk diri sendiri, anak2 cucu, cicit hingga ke jenerasi seterusnya. Sekian, wassallam. Permisi. Jgn marahin guwe.
” SEMOGAH KITA SEMUA TERGOLONG ORANG2 YANG BENAR “
Ameen.