Salam sejahtera buat semua.

Hari ini saya diberitahu oleh seorang rakan tentang pengharaman ESQ Leadership Training (ESQ 165). Fatwa pengharaman ESQ ini dikeluarkan oleh Mufti Wilayah-Wilayah Persekutan, Datuk Hj. Wan Zahidi melalui warta yang ditandatangani pada 10 Jun 2010.
Berikut adalah petikan daripada warta fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.
Lebih lanjut dalam terbitan oleh Pejabat Mufti di bawah:
Ustaz Zaharuddin pernah mengeluarkan ulasan dan komentar beliau berkenaan ESQ selepas mengikuti sendiri kursus ini hampir setahun yang lalu. Untuk lebih lanjut mengenai pandangan Ustaz Zaharuddin, anda boleh baca di laman blog beliau.
beliamuda: Saya sendiri pernah mengikuti kursus ESQ 165 untuk mahasiswa (Angkatan 1 UTP) hampir dua tahun yang lalu. Setahu saya, banyak organisasi memilih kursus ESQ kepada kakitangan masing-masing, termasuk beberapa organisasi besar di Malaysia. Lebih lanjut tentang ESQ di laman rasminya.
assalamualaikum,
Alhamdulillah wassolatu wassalamu ala Rasulillah, waba’dahu;
Sungguh pelik saya melihat gelagat orang-orang yang terkesan dengan fatwa pengharaman ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah …
Kalau dalam tajuk perubatan, orang yang bukan doktor bercakap, kita akan kata: “Kamu bukan doktor, apa kamu tahu???”
Kalau dalam tajuk pendidikan, orang yang tidak berkelayakan bercakap, kita akan kata: “Kamu tak layak bercakap, apa keluelusan kamu???”
Kalau dalam tajuk kejuruteraan, orang yang bukan jurutera bercakap, kita akan kata: “Kamu bukan jurutera???”
Tapi dalam tajuk Agama, semua boleh bercakap dan keluar fatwa! yang bodoh, yang baru belajar, yang tak reti langsung pun, semuanya jadi bijak bestari 😛
Fatwa yang Mufti Wilayah keluarkan adalah setelah 4 kali Panel Kajian Aqidah JAKIM bersidang mengenai ESQ … Mufti Wilayah adalah pengerusi bagi Panel Kajian Aqidah Jakim.
Soalan2 yang lazim ditanya:
Kenapa fatwa tak keluar dahulu lagi? … Sebab ada orang-orang berpengaruh yang ikut ESQ suruh hold pengeluaran fatwa.
Kenapa Astro benarkan pengasas ESQ beri ceramah dalam Astro, sedangkan dia sesat? … Sejak bila Astro menjadi sumber rujukan ISLAM yang menyeluruh?
Fikir2kanlah wahai saudara2 ku yang ku kasihi …
wassalam
ams_myye
@ams,
Salam..Just for sharing.,
Saya telah mengikuti kursus ESQ angkatan KL47, tak dinafikan ada “kelemahan” dan kebaikan dlm ESQ 165. Namum apabila merujuk kepada ulasan panel syariah ESQ dan Ulasan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, dan dari pengalaman sendiri menghadiri kursus ini. Banyak kebaikan dari keburukan yang terdapat dlm Training ESQ. Pada pendapat saya mungkin Mufti Wilayah Persekutuan dan Ahli-ahli Panel Fatwa wilayah persekutuan, sekadar mendengar ulasan atau laporan-laporan yang kurang tepat dari pelapor-pelapor yang kurang faham tentang model dan method yang dibawa oleh ESQ Leadership. Saya sarankan Mufti Wilayah dan Ahli Panel yang “mengharamkan” “Ajaran” ESQ (Ajaran ESQ??), Beliau sendiri menghadiri kursus tersebut.Saya pasti beliau akan mengubah apa yang difatwakan. Setahu saya para trainer dan dr. Ary sendiri tidak pernah mengatakan ini adalah “Ajaran Baru” iaitu ajaran ESQ.
perang bisnes nih.. huhuhu
sbnrnya majlis fatwa kebangsaan mungkin ada menerima komen @ kenyataan dr masyarakat berkenaan dgn ESQ..cuma proses utk mengeluarkan fatwa x semudah yg kita sangkakan..perlu kepada penelitian dan perincian yg mendalam..saya yakin fatwa tersebut dah pun diteliti dgn mendalam sblum dikeluarkan..dan skiranya ada ahli ilmu diluar sana ada hujah lain, kemukakanlah dgn cara yg profesional…baru ramai yg boleh menerimanya…
wazfar´s last blog about ..-Kuala Lumpur-
daripada nabi saw :
‘Yang halal itu jelas..yang haram juga jelas..dan diantaranya terdapat sesuatu yang syubhah(samar dan kurang jelas)..barang siapa yang meninggalkan yang syubhah, bermakna ia telah menyelamatkan agamanya’
Sedihnya saya mendengar satu program yang benar-benar menyentap hati naluri saya, yang membuatkan saya tersungkur bila mendengar ayat-ayat al quran dibacakan, yang membuatkan saya mencintai Allah dan Rasullullah, malah rindu untuk bertemu dengan Rasulullah, tiba-tiba diisyhtiharkan haram.
Inilah satu program yang telah menjawab segala persoalan dan masalah yang selama ini membelenggu diri saya. Walau saya dilahirkan Islam, saya mengikut segala suruhan Allah dan cuba untuk menjauhi segala larangannya, tetapi jauh di sudut hati saya tidak mampu untuk memadamkan satu pertanyaan di hati, apakah mungkin sesuatu perkara yg terjadi seperti diterangkan dalam islam, yang tak terjangkau dek akal fikiran, kalau difikirkan logik nya seperti tidak mungkin akan terjadi di abad kita ini. Hingga satu saat saya boleh terfikir apakah bukti yang boleh meyakinkan saya tentang segala cerita pelik didalam Al Quran itu benar. Memang saya benci dengan pertanyaan ini kerana saya takut akidah saya terpesong, tapi saya tidak mampu untuk menghindarinya, dia kerap berlegar di benak saya. Ada masa saya rasa penganut agama lain lebih bertuah dari saya kerana walau agama mereka bathil, tapi mereka begitu yakin dengan agama mereka. Tiada satu ceramah agama yang saya dengar yang dapat menjawab pertanyaan saya, makin saya membaca buku agama makin banyak lagi pertanyaan ini bermain di fikiran saya, jadi saya fikir benarlah Islam ini adalah warisan sahaja kepada saya, untuk meyakininya saya memerlukan sesuatu yang advance seperti pembuktian dari kajian sains.
Jadi dengan ESQ inilah segala masalah saya terjawab dan kini saya makin terasa dekat dengan Allah dan rasa makin lebih berminat untuk mendalami Agama Islam yang suci lagi benar ini. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan saya yang jahil ini.
Saya harap dapatlah kiranya ESQ ini diperbaiki jika ada cacat celanya, janganlah terus diharamkan. Saya percaya masih ramai lagi orang ramai terutama anak muda diluar sana yang bermasalah seperti saya yang perlu dibantu melalui program seperti ESQ ini.
Salam..I.Allah. Mudah mudahan ada yang lebih lazat daripada pengirisan di dalam ESQ, tiada tandingan ia di dunia malah di akhirat..Moga Anda akan diiring terus untuk mendengar keindahan firman dari Allah di dalam kitab Alquran (yang mana tiada keraguan baginya)..dan hadits Rasulullah saw (wahyu dari Allah swt).. berdampinglah dengan keindahan di dalam Alquran dan hadits rasulullah saw..mudah mudahan anda di anugerah .. Cinta dari Allah.
Fikiran kita masih dikawal oleh yahudi dan medianya : Manusia di paling kepada isu isu sempit supaya meninggalkan perkara utama iaitu hal pembelaan Alaqsa, Palestin dan haram berurusniaga dengan yahudi (boikot produk israel)
Dalang dan musuh-musuh islam (yahudi laknatullah) semakin mengkaji dan meneruskan serangan-serangan yang semakin tidak jelas dengan mata kasar dan detikan minda. Usulan mereka hari ini akan membuahkan hasil dalam jangka masa 10 tahun hingga 50 tahun akan datang. bermula dengan peperangan dunia..disussuli dengan kaedah serangan biologi yang semakin kabur..seterusnya penciptaan virus dsb..dan hari ini mereka telah berjaya mencipta jutaan penjenayah dan remaja yang rosak akhlak dengan menjamu nafsu manusia melalui program program hiburan (maksiat) melalui media TV dan Radio. Kebanyakan pemimpin daripada negara yang di jajah sekarang adalah jurucakap (proxy)dan penyampai kepada sistem dan perundangan yang sentiasa dipinda untuk kepentingan mereka yang sentiasa di rancang dari masa ke semasa. Pesta dan musim musim yang dihalalkan oleh mereka seperti sureheboh, valentine day, sambutan malam kemerdekaan dan semua pintu pintu (maksiat)keseronokan melampau yang di anjurkan…akan membuahkan hasil dengan musim pembuangan anak-anak luar nikah 9 bulan akan datang. semua golongan diserang termasuklah golongan yang sering ke masjid dengan perbalahan pendapat dan isu-isu agama. Fitnah sentiasa bersedia dan sering mengintai mangsa, Maka rujuklah kepada yang lebih tahu sebelum memutuskan sesuatu. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah, diantara ulama (pewaris nabi saw) dan ulama palsu yang menjual agama demi harta dan takhta di dunia.
Diantara hadith yang menyebut, ‘pertama, keluarnya imam mahadi untuk memancung lebih 70,000 ulama-ulama palsu di muka bumi’
..Selamatkan lah iman dan islam dengan kembali kepada Alquran dan Hadits (Cara hidup rasulullah).
Utk lebih jelas, kunjungi situs resmi ESQ LC pusat di
http://www.esqway165.com/
Korang dah kne brainwash ngan ESQ……..
assalamualaikum
terima kasih kepada ZUl di atas repond yang membina …
Saya tersenyum sorang2 apabila hujjah dan alasan yang diberikan oleh sahabat yang mempertahankan ajaran ESQ:
1. Sila ikuti sendiri
2. Ust Zaharuddin
3. Mufti-mufti lain kata
Untuk saranan no.1 … kita tak ubah seperti orang2 yang terlibat dengan pelbagai cabang ajaran yang menyimpang … menyuruh orang menyertai untuk merasai sendiri … saya teringat kata-kata Jimmy Swaggart di dalam debatnya dengan Ahmad Deedat (rahimahullah); dia menyarankan orang2 Islam agar berdoa kepada Jesus, tak perlu tukar agama, tapi rasai kesannya.
Kita awal2 telah mengetahui bahawa haram untuk berdoa & meminta dengan cara berkenaan … tapi mungkin ada yang mencuba dan jadi terkesan sebab doanya menjadi kenyataan 🙂
Untuk hujah no.2 … Kita dapati Ust Zaharuddin sendiri menyebut bahawa dia pergi ke situ atas jemputan pihak ESQ … tahukah anda ketika penel kajian aqidah JAKIM buat siatan, mereka telah memanggil Saudara Ary datang mengadap dan menjawab segala kekeliruan yang timbul … Jemputan kepada ust2 seperti zaharuddin hanya dibuat setelah siasatan JAKIM bermula 🙂 … (ust zaharuddin sendiri mengakui ada beberapa ritual yang dilaporkan dibuat, tidak dilihat oleh beliau).
Untuk hujah ke3 … Muzakarah Fatwa Kebangsaan hanya bertugas untuk menyelaraskan agar fatwa2 yang dikeluarkan oleh mufti2 setiap negeri, sekata dan seragam … MFK tidak mempunyai kuasa untuk menyekat fatwa yang dikelaurkan oleh mana2 negeri.
Yang paling menarik adalah apa yang keluar di akhbar pada hari ini … Kononnya MFK telah mengatakan ESQ tidak sesat pada 16 Jun 2010 … sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah bertarikh 17 Jun 2010 … Adakah Mufti Wilayah sengaja mencari pasal …
Disamping itu surat2 sokongan daripada mufti penyokong ESQ adalah seperti berikut:
1. Perak 7 Julai
2. Kedah 8 Julai
3. Penang 6 Julai
4. Panel Syariah ESQ 7 Julai
dan tiba2 … MFK didakwa telah memberi lampu hijau awal2 lagi … sedangkan kenyataan rasmi pihak ESQ pada 5 Julai, masih menunggu keputusan MFK … apa yang dapat dibaca di sini?
Mungkin ada pihak yang ingin menangguk di air keruh & cuba mempemain-mainkan kredibiliti Mufti Wilayah dengan menyiarkan berita pelik kata2 Mufti Perak yang dah mengeluarkan surat sokongan kepada ESQ.
Ya Allah! Perlihatkanlah kebenaran kepada kami, sebagai kebenaran dan rezqikanlah kami untuk mengikutinya … Serta perlihatkanlah kami kebatilan itu kebatilan dan rezqikanlah kami untuk menjauhinya.
wassalam
ams_myye
Salam buat saudara ams,
Moga dapatlah berlapang dada berkenaan isu ini. Untuk saranan 1 saudara diatas saya merasakan bahawa hujahan saudara itu untuk pergi menghadiri ke Program esq itu dengan mengikut kata kata Jimmy Swagart itu adalah dua perkara yang amat berbeza. ESQ bukan lah satu AJARAN BARU…Ia adalah satu latihan atau training dalam bidang Pembangunan Modal Insan berpandukan filosofi Islam yang asas dan jelas iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan… Sebagai Alumni atau mungkin penyokong kepada training ini saya merasakan ini adalah satu latihan sumber manusia yang terbaik pernah saya hadiri jika kita hendak bandingkan dengan latihan-latihan yang banyak bersumberkan atau berkiblatkan dunia barat yang lebih menonjolkan kecerdasan intelektual (iQ) dan kecerdasan emosional (EQ) tanpa melibatkan kecerdasan spiritual(SQ)yang berpaksikan ajaran Islam. Dengan menghadiri latihan ini juga, ia lebih menjelaskan dan menstrukturkan apa yang telah dipelajari dan diyakini sejak kita dilahirkan sebagai seorang Islam dimukabumi ini..Aku bersyukur kehadrat Mu Ya ALLAH…Moga kita semua beroleh Hidayah dari Nya…Wallahualam…..
Cuba kau bagi hujah2 bagi membalas komen no 2 dan no 3 pulak.
Baca no 1 dah gatal jari nak menaip. Dah pergi esq rasa dah cukup ilmu ke. Bak kata member aku yg pergi esq – kita kena bersangka baik ngan org, esq ajar macam tu. So aku jawab balik – maaf ye, bukan esq ajar, itu Islam yang ajar.
Aku pun dah pergi tapi pandangan aku senang je, apa yg baik aku ambil, tak perlu nak taksub, kerana kita ni manusia, si Ary pun manusia.
Terbaca 1 komen dr yg pergi alumni berbunyi – ary kata, tuan2 menangis 3 hari, saya menangis 10 thn ….. walaaaaa cam kisah nabi2 lah pulak …..
kita bertelagah, akaun bank dia berjuta2 juga tak terusik.
Assalamualikum saudaraku anakonda,
Moga berlapang dada dan sentiasa di rahmati Allah….berkenaan komen 2 dan 3 itu memang saya tiada niat untu menjawabnya..kerana jelas hujahan dari ustaz zaharuddin, secara keseluruhan nya menyimpulkan training ESQ ini tidak melanggar akidah dan syariat….dan ia boleh diteruskan mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan begitu juga dengan jawapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mana mufti WP ini juga merupakan ahli didalamnya…Sudah jelas keputusan nya tidak menyatakan keharamannya training esq ini…Jadi saya berharap janganlah masyarakat islam hari ini terkeliru dengan fatwa yang hanya di keluarkan dari satu negeri sahaja….Mungkin ada kekhilafan yang masih boleh diperjelaskan dengan mengadakan muzakarah dari pihak pihak yang sepatutnya (jangan kita terus menghukum sesuatu yang belum pasti)…..
Bersangka baik itu memang ajaran islam…siapa yang mengatakan ia ajaran esq?….saya meminta agar saudara anakonda memahami dahulu apa itu esq? Islam adalah kehidupan..Mengapa hari ini ramai umat islam yang tidak faham tentang islam…islam hanya dimulut..Adakah kerana kita ini lahirnya sudah islam lantas kita ini sudah di yakini bahawa kita ini penghuni syurga????? kita sentiasa ingin menghukum tapi kurang untuk memberi pengajaran..Saya tidak menyatakan bahawa ILMU saya sudah cukup hanya kerana saya pergi ESQ..tapi saya rasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan latihan ini…Ia lebih menjelaskan erti kehidupan ini kepada saya sebaga seorang hamba ALLAH…yang hanya taksub kepada mu Ya ALLAH….
Bercerita tentang Pak Ary, memang dia seorang manusia..dan biarlah dia menangis walau 10 tahun sekalipun, beliau sedar beliau hanya seorang hamba dan saya tidak pernah merasa taksub kepadanya atau training ESQ…dan saya pasti beliau tidak pernah berbangga atau riak dengan apa yang telah dilalui dan apa yang dimilikinya walupun punya wang berjuta kerana itu hanyalah rezeki ALLAH…Moga kita tergolong dalam golonga yang sentiasa mensyukuri nikmatnya…InsyaAllah……
@ams, sokong pndpt anda.
Rujuk kepada yang lebih arif sebelum anda meneruskan perjalanan, ‘Sayang seorang ibu hanya mampu menjaga anaknya daripada panas api di dunia..tetapi sayangnya seorang Ulama (pewaris nabi)..di jaga ia seluruh rakyat dan masyarakat daripada api di dunia dan di akhirat…’
Salam pada semua…..Moga kita beroleh hidayah dariNYA…….
Saya merasa terpanggil untuk meninggalkan sedikit komen atas warta pengharaman oleh ESQ di Wilayah Persekutuan. bagi pandangan saya apa yang berlaku adalah bukti menunjukkan kepada perpecahan yang berlaku pada Umat Islam khususnya Umat Melayu pada akhir akhir ini amatlah kritikal. Tidak kira dalam bidang politik mahu pun dalam bidang agama, semuanya cenderung memilih kepada perpecahan….Adakah kerana kita merasakan dunia ini sudah semakin tua dan sudah sampai ke penghujungnya???? Kita sentiasa merasakan bahawasanya kita lah yang betul, orang lain salah…kita lah yang memperjuangkan ajaran yang sebenarnya dan orang lain tidak…dan kita fikirkan syurga itu untuk kita sahaja..Apa yang tidak sependapat dan berlainan fahaman, ideologi dan metode dengan mudah kita haramkan……..
Saya bukan ingin menafikan kelayakan dan hak mufti wilayah berkenaan pengeluaran fatwanya.. tapi saya merasakan dan berkemungkinan bahawa fatwanya itu telah dikeluarkan dalam keadaan yang agak tergesa gesa tanpa ada rujukan pada Majlis Fatwa Kebangsaan yang diduduki oleh keseluruhan mufti-mufti yang berada di Malaysia. Mengapa kita perlu berbuat sesuatu dan mengelirukan masyarakat dengan fatwa yang sedemikian sebelum sesuatu kesepakatan telah dibuat? Mengapa tiada kata sepakat sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan? Bukankah Muzakarah itu dianjurkan dalam Islam? Sebarang khilaf dan perbalahan pendapat perlu ditangani dengan jalan yang terbaik mengikut rujukan Al-Quran dan Sunnah…
Cubalah mufti-mufti kita ni duduk berbincang dan buat lah pengkajian yang betul-betul mendalam sebelum menjatuh kan sesuatu hukum. Kalau kita lihat hari ini tiada satu standard tentang halam dan haramnya ESQ ini…di Wilayah Persekutuan HARAM tapi di kebanyakan negeri lain HALAL…Kalau bak kata saudara AMS yang dikasihi Allah…dia tersenyum sorang, saya pun tersenyum sorang tapi jauh disudut hati saya merasakan amat sedih atas apa yang berlaku pada institusi mufti di MALAYSIA kerana kita sering mendengar dan memegang bahawa ULAMA itu pewaris NABI. Fikir-fikirkan lah..Mohon Maaf..Wallahualam
salam…saya sangat setuju dengan kamu…
@Ghazi…..165.., bagaimana pula jika sebenarnya yang membenarkan ESQ itu yg tergesa-gesa mengharuskan, tanpa kajian mendalam, sebaliknya yang mengharamkan itulah yang telah mengambil masa sampai 2 tahun untuk mengkaji secara mendalam dan teliti?