Salam sejahtera buat semua.
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.
Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:
-
Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
-
Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
-
Lulus semasa proses temuduga.
-
Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.
Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:
-
Prestasi akademik yang cemerlang.
-
Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
-
Prestasi semasa proses temuduga.
-
Latar belakang keluarga.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.
Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
beliamuda,JPA ada tak menawarkan permohonan rayuan PILN?kalau ada,bila kitaboleeh buat rayuan?tq
@lia, saya kurang pasti berkenaan rayuan. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, boleh bertanya terus kepada pihak berkaitan.
selamat sejahtera,
saya ni sudah graduate dari universiti tempatan, dan sudah bekerja selama 2 tahun. sekarang, saya merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat phD, layakkah untuk saya memohon biasiswa JPA?
terima kasih
@teoh hong hong, well, untuk PhD saya kurang pasti, tapi itu boleh ditanyakan kepada pihak JPA secara terus. MARA ada menawarkan pinjaman untuk PhD, tapi itupun kena merujuk kepada MARA. biasanya, untuk pengajian yang lebih tinggi ni, jarang disiarkan.
saya sendiri masih diperingkat ijazah.
terima kasih
salam… MARA ada offer biasiswa x utk pelajar lepasan mtrik???
klu ada cne nk apply?
i mean… biasiswa ke luar negara…
Bila Keputusan PILN JPA akan diumumkan?
@confuse, keputusan selepas temuduga tu ke?
@beliamuda,
bila keputusan selepas Temuduga PILN JPA 2010 akan diumumkan?
@sasha, pasal ni, saya tak tahu.
ade x tajaan untuk ke luar negare untuk lepasan matrikulasi dan asasi um??? xpecially utk bidang medik n dentistry???
@fiqa, saya kurang pasti ada ke tak tajaan untuk lepasan matrik n asasi. biasanya dengar tajaan untuk lepasan SPM je..
hi.. list untuk pelajar lepasan spm 2009 yg dpt tawaran PILN dah keluar ke blum?
@shi min, Minggu 3 Mei.
salam… kalau MBBS yg d’tawarkan MARA tu cne nk apply?? dan ada x lg biasiswa yg d’tawarkan kpd pelajar lepasan matrik?? ke luar negara tmbah2 lg dlmbidang2 kritikal sprti medic dan dentistry??
@mohd, untuk ke luar negara bagi lepasan matrik, saya kurang pasti.
mengenai biasiswa MARA tu, boleh berhubung terus dengan pihak MARA.
assalamualaikum w.b.t …
saya merupakan salah seorg drpd ribuan calon yang telah dipanggil utk menghadiri temuduga piln tajaan jpa. saya difahamkan kputusan temuduga tersebut diumumkan pada minggu ke-3 pd bulan mei tetapi saya tdk mengetahui tarikh tepat kputusan hasil temuduga diumumkan… so if u know the date PLEASE INFORM TO ME…..
@roziana,
ya lar roziana.. sy pun tga tertungggu2 juga nie.. dah 18 may skg… masih x kuar2 lg…