Salam sejahtera buat semua.
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.
Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:
-
Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
-
Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
-
Lulus semasa proses temuduga.
-
Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.
Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:
-
Prestasi akademik yang cemerlang.
-
Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
-
Prestasi semasa proses temuduga.
-
Latar belakang keluarga.
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.
Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.
hi, boleh saya lihat kesemua biasiswa yang ditaja dari pelbagai sumber untuk tahun 2010-lepasan SPM 2009 dan adakah kesemua biasiswa yang diberikan memerlukan sesi temuduga?
@olivia yip sze yue, sumber tu saya takde yang penuh. kebanyakan temuduga biasiswa memerlukan temuduga (terutama biasiswa yang sangat terhad). JPA dalam negeri sahaja rasanya yang tiada temuduga.
@beliamuda, semua biasiswa wajib melalui sesi temuduga .
Pingback: Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010 | beliamuda {dot} com
biasiswa ke korea, jpa je yg tawarkan?
xde ke dr yg lain2
@nf, maaf, saya pun kurang pasti.
is there any scholarship for those who didnt do very well in spm??or didnt get straigt A’s in SPM??
@hansz, tajaan biasiswa kebanyakannya untuk yang cemerlang sahaja dan
dapat staraight A dalam spm
i only get 5A n 5B in spm..is there any scholarship for me??
@hansz, utk dapat biasiswa, sekurang2nya kena dapat 9A-.. 5 mata pelajaran teras (BM, BI, SEJ, Math, Moral/Agama) dan 4 mata pelajaran penting yang lain. contohnya dalam aliran sains, subjek2 sains tu (Admath, Bio, Kimia, Fizik) kena A lar jugak… subjek2 tambahan yg lain macam tasawwur ke, bible knowledge ke, bahasa iban ke, yang tuu tak kire lar… tp kalau nak biasiswa ke oversea kat jordan atau mesir, bahasa arab kena lah sekurang2nya lulus…
salam. ingin tahu ada tak sebarang biasiswa yang disediakan untuk program pengajian Islam di universiti jordan atau morocco
@nurwahidah, kalau tak silap, mmg ada.
Pertanyaan..
boleh x senaraikan biasiswa untuk pelajar lepasan diploma y ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti tampatan..
tq
@Faiz, nak senaraikan tu, di luar pengetahuan saya. maaf.
camne nak isi 0n9 ek???
@mukhlisah mujahidah, pergi ke esila jpa.
salam..
sy dpt 9a 2b 1c dalam SPM.Layak x nak mohon biasiswa JPA luar negara?
sy dpt b subjek kimia dan bi0logy.
layak x untuk ambil course pergigian?
MARA ade x taja pelajar ke luar negara?
@Nabilah, JPA dan MARA, dua ada taja. Berkenaan kelayakan tu, anda boleh mencuba. jika ada peluang, dapatlah.
@beliamuda, when i can get my JPA letter?
@Nabilah, entah la…kena tengok syarat yg dipaparkan la utk kursus yg hendak dipohon…mara strict,takde straight a’s rasenye tak leh interview…jpa longgar sikit, asalkan memenuhi tahap minimum, semua boleh interview tak kisah la semua a’s ke tak…==” mara high standard sikit la
@jj, betul, mara sampah kejam lahanat
@Nabilah, untuk dapat tajaan jpa/mara luar negara dalam bidang pergigian, sekurang2nya kena dapat A- dalam subjek2 berikut
– Bahasa Melayu;
– Sejarah;
– Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
– Fizik;
– Kimia;
– Biologi;
– Matematik;
– Matematik Tambahan;
– Bahasa Inggeris.
kalau nak buat pergigian kat jordan/mesir kena lulus bahasa arab komunikasi/bahasa arab tiggi lar jugk..
Assalammualaikum,nak tanya ckit,kalau dah tak dapat nak ikuti program pendedahan kerjaya seorang doktor di bawah JPA PILN,memang tak ada peluang kedua dah ke??
@lia, untuk program tu, bermakna untuk biasiswa. anda masih ada peluang untuk masuk ke dalam bidang kedoktoran melalui cara lain. (berkemungkinan tanpa biasiswa)
kalau saya tidak mendapat biasiswa bagi tahun 2010, bolehkah saya memohon biasiswa bagi tahun hadapan walaupun saya calon spm 2009. Sekiranya boleh, adakah ia dalam bentuk pinjaman ataupun tajaan? kalau tajaan pula tajaan kerajaan atau swasta?
@imaza, tengok keadaan juga. ada biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang menuntut di uni dan juga lepasan matrik, dip dan asasi.