Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.

Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:

  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
  • Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
  • Lulus semasa proses temuduga.
  • Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.

Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:

  • Prestasi akademik yang cemerlang.
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Prestasi semasa proses temuduga.
  • Latar belakang keluarga.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

79 thoughts on “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

  1. Pingback: Kategori Permohonan PILN 2010 bagi Lepasan SPM 2009 | beliamuda {dot} com

  2. beliamuda..

    nk tny,ad tak tajaan mane2 pihak untuk pelajar lepasan diploma untk smbg degree di luar negara?

  3. salam..
    saya lepasan diploma politeknik yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.Buat pengetahuan pointer cgpa saya 3.93.jadi saya ingin tahu adakah saya layak memohon untuk biasiswa jpa dan borg apa yang perlu saya isi?

    • @syahirah, saya tak pasti adakah wujud tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara bagi lepasan poli. Kalau takde, anda boleh memohon bantuan pinjaman pengajian luar negara (tapi hanya boleh apabila anda dah lanjutkan pengajian ke luar negara)

  4. saya sudah smbung belajar di Al Azhar dlm bidang pergigian dan sy dlm thn 1…adakah ada biasiswa yg boleh saya pohon?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge