Aktiviti Lelaki Bujang Yang Mencari List Awek Cun di Facebook

Salam sejahtera buat semua.

Logo Facebook

Lama tak kembali dengan entri tulisan 100% daripada hasil sendiri. Huhu. Sibuk kot dengan bermulanya kehidupan sebagai seorang pelajar Tahun Tiga ni. Tak sangka boleh jadi sesibuk ini. Kena pulak awal-awal minggu ni kena selsema. Nasib baik tak demam je.

Cukup mukadimah pendek pasal keadaan semasa. Kalau dulu ramai yang gila dengan Friendster (FS) dan Myspace (MS), kini kegilaan ramai mula beralih kearah Facebook (FB) dengan bahasa glamernya, Facebook Addict. Kegilaan FB ni nampaknya lagi ganas daripada kegilaan FS dan MS.

Kalau dulu di FS dan MS sekadar mencari awek-awek yang cun untuk meramaikan dan memenuhkan senarai (list) Friend, keadaan dengan FB lagi berganda daripada tu.

Namun, yang paling utama bagi seorang lelaki bujang, mahupun yang sudah berpunya, pencarian awek cun masih lagi diteruskan dengan jayanya. Jangan pulak korang tak tahu lelaki ni memang macam tu. Baik sikit la daripada yang duk usya sesama jantina je. Yang tu, mintak jauh.

Pantang terserempak dengan profil yang ada gambar awek lawa sikit, mesti ada rasa gatal tangan sampai boleh terklik ke profil dan meneroka lebih jauh ke dalam profil. Kalau private, cari butang nak add. Kan2? Kena pulak yang letak gambar aksi penuh ghairah dan menggiurkan lelaki.

sudut myspace

Yang ambil gambar ni pun pandai dengan skil Myspace Angle (sudut Myspace) ataupun kalau dalam kes FB, boleh dipanggil Facebook Angle, menjadikan camwhoring lebih berkesan dan bergaya.

Selain menyelongkar gambar awek-awek cun, kegilaan menggunkan aplikasi dan permainan dalam FB juga menjadi-jadi. Nasib baik aku reti guna aplikasi network blog dengan selective twitter status je.

Korang pengguna FB, adakah korang juga ada senarai awek cun (atau jejaka tampan?) di Facebook yang korang wat? Kalau ada, kongsi-kongsilah ya. Haha. Ramai lelaki yang duk menggatal cari ni.

beliamuda: Sharing is caring kan? Kongsi-kongsikanlah dengan kami semua list awek cun di Facebook yang anda ada.

59 thoughts on “Aktiviti Lelaki Bujang Yang Mencari List Awek Cun di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge