Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

279 thoughts on “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

  1. saya lpasa diploma n tgh smbung pengajian dpringkt ijazah prtama,n sy mndpt biasswa jpa smase diploma..tp ble sy cek,prmhonan sy ntuk bsswa ijzh prtme ni x brjaye..cgpa sy 3.70,n kwn sy 3.90 pn xdpt..walhal sorg lg kwn sy mmpunyai cgpa 3.8 boleh dpt..cm ne agknye proses pmilihan trsbut n ble agknye e-rayuan pidn 2011 nk dbukak..

    • @dya, kalau ada rayuan pun, mungkin boleh dibuat selepas semakan dilakukan. Mengenai proses pemilihan, saya sendiri tidak tahu mengenai perkara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge