Membanteras Komuniti Blogger Berhaluan Kiri

Salam sejahtera buat semua.

Nuffnang

Sudah lama ideologi ini meresapi komuniti blogger di Malaysia. Pasti ramai yang selalu terbaca di shout box, ayat-ayat yang berbunyi, “dah klik nuffnang awak, klik saya balik ya”. Sampailah beberapa hari lalu apabila dua orang blogger yang boleh saya anggap sebagai otai mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Topo dengan entri santainya, menjelaskan tentang dia terserempak dengan komuniti klik-klik Nuffnang. Sangkaannya, komuniti ini adalah kelab peminat Nuffnang. Rupa-rupanya, ia adalah satu perkumpulan blogger yang menjalankan aktiviti kurang sihat yang saya sifatkan sangatlah berhaluan kiri.

Sehari kemudian, Khai, sebagai penulis jemputan di blog Rjuna, dengan lantangnya membidas puak-puak ini. Macam biasalah, Khai dengan ayat-ayat pedasnya menembak tepat mereka yang terlibat ni.

Kalau Khai melabelkan mereka sebagai “najis”, saya lebih kepada melabelkan golongan ini sebagai golongan berhaluan kiri yang membawakan ideologi salah. Ideologi yang secara langsung boleh mencemarkan komuniti blogger di Malaysia secara keseluruhan dan meruntuhkan sistem sedia ada.

Mungkin nampak ekstrim sekali pemikiran ini. Tanpa disedari, apabila banyaknya berlaku click fraud, maka dengan sendirinya terjadi kegagalan kepada pengiklan. Gagalnya iklan yang dipaparkan, bermakna Nuffnang tidak akan lagi menjadi medium yang dipilih oleh pembeli iklan. Perkara ni sama sahaja untuk kesemua pengiklan di dunia Internet ni.

Perlu diingat, tempias aktiviti tak elok ni bukan akan kena pada kumpulan tu sahaja. Kesannya akan turut dirasai oleh komuniti blogger Malaysia secara keseluruhan. Nak harap Google Adsense, memang payah la nak cari pendapatan dengan iklan. Dengan adanya pengiklan seperti Nuffnang, Advertlets dan Innity ni, sedikit sebanyak memudahkan blogger Malaysia. Sesiapa yang pernah menggunakan Google Adsense pasti lebih faham dengan pernyataan ni.

Jangan pulak tak tahu yang Nuffnang ada staf yang ditugaskan untuk meneliti iklan yang sesuai untuk diletakkan di blog. Jadi, mudah sangat untuk mereka mengesan komuniti ni. Blog komuniti berhaluan kiri awal-awal lagi dah kena ban dengan Nuffnang. Kalau mereka dapat tahu ahli-ahli komuniti ni, bukan ke naya bagi kamu semua. Fikir-fikirkanlah. Banyak lagi cara untuk Nuffnang mengesan aktiviti macam ni.

tweet-nuffnangmy

Masa awal-awal saya guna Nuffnang, entah berapa bulan baru dapat 50 sen. Tu pun dah cukup gembira. Ya la, masa tu trafik tak banyak. Harap kepada iklan CPC je la. Lepas trafik blog dah mula stabil, baru la mula ada iklan CPM. Lepas tu la baru merasa pendapatan yang lebih baik.

Jadi, bagi yang nak sangat pendapatan di Nuffnang tu naik, pergilah menuntut ilmu tentang cara-cara nak naikkan trafik. Jumlah trafik berkadar terus dengan pendapatan melalui iklan (tapi berkadar sonsang dengan bandwidth T_T). Banyak je blogger yang dah tulis tentang cara-cara nak naikkan trafik. Pergilah cari ya…

beliamuda: [1] Sudah semestinya saya suka jika ada orang klik iklan Nuffnang yang ada di blog ni. Tapi ia merupakan satu tindakan yang tidak adil bagi pembeli iklan jika ianya adalah click fraud! [2] Baru kali pertama cash out daripada Nuffnang. Menunggu cek sampai je la.

41 thoughts on “Membanteras Komuniti Blogger Berhaluan Kiri

  1. memang betul, tp melabel org najis tu agakla..mungkin penyagak lebih sesuai, hanya menulis semata2 nk glamer dan side income yang tak seberapa..

  2. Pingback: Kebenaran Kempen CPC Nuffnang Paling Mahal | beliamuda {dot} com

Leave a Reply to sHeKi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge