Mengambil peluang di hari yang cerah

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, sepanjang hari raya pertama hingga hari raya ketiga (semalam), keadaan cuaca agak baik di Kelantan. Cuma lewat petang sahaja keadaan cuaca berubah menjadi mendung sebelum hujan pada waktu malam.

Keadaan yang cerah ini memberi kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Hujan lebat yang turun di Mekah sehingga menyebabkan banjir telah mengakibatkan korban nyawa. Bagi yang berminat, anda boleh melihat gambar Ibadah Haji 2009.

Bagi pelajar yang telah memulakan cuti semester, peluang hari yang cerah ni diambil untuk mencuci segala pakaian kotor yang dibawa pulang, yang disumbat-sumbat dalam beg tu sebab malas sangat nak basuh pada hujung-hujung semester tambahan pula dengan adanya final exam.

Awas juga bagi yang tinggal di rumah teres tu. Tahu la nak ambil peluang hari yang cerah, sampaikan segala ruang yang ada digunakan untuk jemur pakaian. Jangan sampai jadi macam gambar di bawah ni.

seluar-dalam-di-jemuran

Kredit kepada Bro Framestone

beliamuda: Hari ni hujan mula turun. Sejuk je rasa. Sedap jugak kalau tidur ni. Mengambil peluang di hari yang hujan…

23 thoughts on “Mengambil peluang di hari yang cerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge