5 Aplikasi Percuma Paling Kerap Aku Gunakan

Salam sejahtera buat semua.

Kali ni, nak buat entri berkaitan lima aplikasi percuma yang paling kerap aku gunakan. Perisian ini memang tak sah kalau tak buka setiap kali menggunakan laptop.

Jadi, dalam entri ini, aku senaraikan lima aplikasi percuma tersebut berserta penerangan ringkas mengenainya. Mungkin anda juga selalu menggunakan aplikasi ini.  Jom tengok lima aplikasi atau perisian tersebut.

1. Firefox

Aplikasi wajib guna setiap kali buka laptop. Firefox telah menjadi peluncur kegemaran sejak IE banyak mengewakan aku. Aku memang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan Firefox versi stabil yang paling terkini.

firefox_logo

Dengan pelbagai add-on yang ada, memang best guna Firefox ni. Walaupun ada Google Chrome sebagai saingan, ada beberapa ciri dalam peluncur ni yang aku tak berapa suka. Peluncur Opera aku tak pernah guna lagi. Rasanya ramai dah kenal Firefox ni kan?

[Laman web Firefox]

2. Winamp

winamp-logo

Lagu mesti ada kalau aku buka laptop. Untuk tugas ni, Winamp menjadi pilihan aku. Sebagai sebuah pemain multimedia universal, winamp boleh digunakan untuk memainkan audio dan video. Tapi, aku lebih memilih untuk memainkan audio sahaja. Untuk video, aku gunakan pemain multimedia yang lain.

[Laman web Winamp]

3. µTorrent

utorrent_logo

Sebagai seorang penorrent tegar, uTorrent merupakan aplikasi terbaik untuk tugasan ni. Dengan kadar penggunaan memori yang rendah, uTorrent tidak mengecewakan. Tak terjejas prestasi laptop walaupun uTorrent sedang giat menjalankan tugasannya. Antaramukanya pun ringkas.

Sebagai seorang pengguna laman Torrent Jiwang, terus berkongsi fail yang telah siap dimuat turun merupakan satu kelebihan untuk memberikan poin bagi mengekalkan nisbah muat turun dan muat naik. Jadi, aku selalu je buka uTorrent walaupun takde fail yang aku muat turun.

[Laman web uTorrent]

4. Gtalk

Aplikasi yang sama dengan Yahoo Mesengger (YM). Antaramuka Gtalk jauh lebih ringkas tapi entah bila kali terakhir versi Gtalk dikemaskini. Walaupun ringkas, Gtalk tidak mengecewakan dalam menjalankan tugasannya. Penggunaan memori pun jauh lebih kecil berbanding dengan YM.

gtalk hanifi

Panjang je kan status tu? Hikhik~

Satu lagi yang best dengan Gtalk ni ialah kebolehan untuk menulis status yang panjang, sampai boleh jadi karangan. Kalau YM boleh simpan setiap perbualan dalam arkib di storan komputer, perbualan melalui Gtalk boleh direkod  kedalam akaun Gmail dan boleh diakses di mana-mana.

Pada mulanya, aku tak guna pun Gtalk, sampailah aku mula ada laptop sendiri dan pada masa tu YM telah dihalang akses dalam uni aku. Kawan-kawan pun ramai yang pakai Gtalk, jadi aku pun kena turut serta memasangnya,

[Laman web Gtalk]

5. OpenOffice.org

Salah satu aplikasi pengganti kepada perisian Microsoft Office. Walaupun tidak sehebat dan segah perisian berbayar, tapi sudah cukup mantap bagi penggunaan biasa. Aku biasa guna Writer dan Calc sahaja. Yang lain-lain seperti Base, Impress, Draw dan Math, aku tak pernah sentuh lagi.

OpenOffice.org

Aku terjebak dengan aplikasi ni selepas Excel 2003 buat hal. Jadi, sebab installer OpenOffice.org (OOo) ni memang dah ada dalam laptop, aku pasang je la. Sampai sekarang aku masih guna lagi perisian ni disamping Microsoft Office 2007 yang telah diciplak. 😛

Kebanyakan penulisan bukan berkaitan kerja atau akademik aku tulis dalam perisian ni. Entah kenapa aku lebih biasa menggunakan aplikasi ni sekarang.

[Laman web OpenOffice.org]

beliamuda:hujan sepanjang hari bukan alasan untuk tidur sepanjang hari, tapi kalau tidur dalam sejuk ni memang best sebenarnya… hikhik~

Comments

19 responses to “5 Aplikasi Percuma Paling Kerap Aku Gunakan”

  1. penaberkala Avatar

    daripada 5 tuh, 2 je yg ak guna skang
    1st gtalk yg amat berguna
    2nd firefox yg cekap bekerja
    winamp tak tau bl lg xde dari laptop ni,hoho
    .-= penaberkala´s last blog ..AIDILADHA 2009 =-.

    1. along rufaidah Avatar

      @penaberkala, saya setuju dgn encik penaberkala jugak! pakai 2 je..gtalk n firefox.

      pernah guna opera jgk…rasanya zaman2 (thn 2008) guna opera dulu, time tu opera lg advanced dr firefox. then tibe2 ntah sbb ape…opera kt laptop ni tak boleh guna..so move on to firefox. and with the advancement in firefox, skrg mmg guna firefox je…dh tak re-install balik dh pun opera tu.

      sekian~
      .-= along rufaidah´s last blog ..What is ukhuwah really? =-.

      1. beliamuda Avatar

        @along rufaidah, opera skg pun cam advance dari FF. dengan pelbagai function baru, tapi FF dengan add on pelbagai, itu yang menjadi taruhan..

        ~Ingat nak cari dalam list, spe yang status panjang… tgk Rufi punya macam pendek je, so cari balik yang sendiri punya je… 🙂

  2. Mohaimin Avatar

    Salam
    Kalau nak tau la kan
    Gtalk tu mmg lame x update
    tp Gtalk yg built-in dalam Gmail tu
    lagi advance dari yg kat kena install tu.

    Advantage Gtalk dlm gmail > boleh wat video chat, boleh set invi, boleh wat group chat (macam conference utk YM)

    Disadvantage Gtalk dlm gmail > xleh nak send file.(haha,part penting nih)

    Rase-rasenye Google update yg Gtalk dalam gmail je kot
    mungkin yang gtalk yg install tu dah dihentikan progression kot
    Tapi tak ade info yang sahih la, ni dari pemerhatian je.

    Cheers.

    (kalau ade info2 baru sal google, gtau la ek, google mmg byk wat benda2 baru, mcm OS la, iGoogle la, dan lain2)
    .-= Mohaimin´s last blog ..Big for Small =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mohaimin, tak tahu pulak yang gmail built in tu boleh wat group chat.. mmg advance sikit pun yg ni.. dengan smiley yang pelbagai sume tuh.. best la sikit.. takde la plain sangat…

      tapi, yang gtalk tu, function send file dia antara yang berguna… entahla cmne ngan progress gtalk nih.. dah lama stop kot..

      1. Mohaimin Avatar

        @beliamuda,
        smalam ade usha skit blog Gtalk
        April 2007, dia ade buat Gtalk Lab Edition
        untuk testing purpose la
        yang gtalk tu yg ade function invi dan group chat jugak
        tp tu april 2007, mmg dah lame sgt da pun
        last update Gtalk jan 2007,
        time kite masuk utp tuh.
        haha
        .-= Mohaimin´s last blog ..Big for Small =-.

        1. beliamuda Avatar

          @Mohaimin, klu gitu, mmg dah lama la.. (walaupun rasa cam sekejap jek)

  3. e Avatar

    open uTorrent
    pada menu Help
    scroll down ke About uTorrent n click
    clicking pd logo uTorrent akan produce synthesized sound!!
    dan press T button pula
    anda boleh main game Tetris!!

    1. beliamuda Avatar

      @e, wah, tak tahu plak.. ko memang mantap la bab2 macam ni..

  4. Mr. Cuz Avatar

    wah..mmg bnyak applikasi yg ko pakai yer bro..haha
    aku pun lebih kurang sme mcm ko gak la..yg lainnya utorrent jer..aku ske pkai bitcomet..walhal lebih kurang sama jer function die..betul x??klu salah betulkan yer..hehe
    bitcomet aku dh jarang pakai sbb dh xtau nak download pe..ranking aku pun dh tak bergerak2..haha
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..I’m a Sherlock Holmes in the Making =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mr. Cuz, sama je la bitcomet tu.. dua2 bittorrent client.. ramai juga yang gne bitcomet.. reason aku guna utorrent sebab dia ringan…

  5. framestone Avatar

    bro guna firefox je.. yg len guna bnde len he…23x

  6. nazra Avatar

    naz ada Gtalk pn jarang guna. dok guna Tweetdeck ja 😀
    .-= nazra´s last blog ..Alergik tahap jingga. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, naz selalu berkicau kan.. banyak je tgk kat twitter tuh..

      1. nazra Avatar

        @beliamuda, yg utorrent tu cmna eh nk guna? contohnya naz nk download cita Dollhouse. nk kena search Dollhouse torrent kat kt Google? nanti dh jumpa, copy paste ja eh…

        1. beliamuda Avatar

          @nazra, bila dah ada utorrent tu, donwload file torrent daripada mana2 site yang hos atau jadi tracker tuk torrent ni. Search kat google pun boleh je. Lepas dah download file, klik je file tu, direct utorrent akan start. Kadang2 ada magnet link. Kalau klik magnet link, dia auto bukak dengan utorrent…

          1. nazra Avatar

            @beliamuda, oh ok2 paham. tima kasih 🙂
            .-= nazra´s last blog ..Kalau dah namanya LELAKI. =-.

  7. naz Avatar

    openoffice terbaik! better than microsoft office

    1. beliamuda Avatar

      @naz, yeah~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge