Cashout ChurpChurp Kali Pertama Yang Tidak Berjaya

Salam sejahtera buat semua.

Plushie churp2

Saya telah menggunakan ChurpChurp sejak September 2009. Mungkin pada masa tu Churp2 baru sahaja dilancarkan. Maknanya, sudah tiga tahun saya menggunakan servis Churp2 sebagai medium mencari duit sampingan di Internet.

Sejak kali pertama menggunakan Churp2, tidak pernah sekali pun saya cashout. Saya pun tak tahu kenapa lama sangat dibiarkan tanpa cashout sedangkan lepas dua tiga bulan guna Churp2, dah capai nilai minima. Mungkin sebab nak lihat ianya terkumpul begitu sahaja.

Continue reading

Sekali Lagi Mendapat Pendapatan Terumpuk Daripada Nuffnang

Salam sejahtera buat semua.

nuffnang

Dah lama tak berbicara mengenai Nuffnang di blog beliamuda {dot} com. Sesekali rasa jauh sangat dengan atmosfera blogger Malaysia sekarang ni. Banyak kisah, konspirasi dan tulisan menarik yang saya tidak sempat luangkan masa untuk membacanya.

Kebetulan ada poin yang boleh ditulis mengenai Nuffnang kali ni. Poin yang agak ‘nyekit’ (makna: menimbulkan rasa tidak puas hati) untuk dibaca oleh sesetengah orang sebenarnya. Orang kata, saja nak kecoh pasal ada pendapatan terumpuk (baca: buffered earning) yang beraksi dalam blog ni.

Continue reading

Kebenaran Kempen CPC Nuffnang Paling Mahal

Salam sejahtera buat semua.

kempen nuffnang termahal
klik untuk tumbesaran sihat sejahtera

Sebut pasal Nuffnang, semua berebut nak tahu kan? Mesti la kan, semua sayang sama Nuffnang. Dapat klik-klik untuk Nuffnang, mesti suka. Kali ini, saya nak merungkai kebenaran di sebalik “Kempen CPC Nuffnang Paling Mahal”.

Malam selepas entri itu disiarkan, saya dapat satu ilham untuk bertanya kepada pihak Nuffnang sendiri. Namun, pembaca-pembaca blog ini merangkak rakan blogger nyata lebih pantas.

Continue reading

Kempen CPC Nuffnang Paling Mahal dan Tertinggi

Salam sejahtera buat semua.

kempen nuffnang termahalklik untuk tumbesar sihat sejahtera

Sejujurnya, saya hanya menggunakan Nuffnang sebagai iklan alternatif bagi Innity. Walaupun dah hilang status glitterati (selalu disebut sebagai “gelihati”), masih lagi ada mendapat iklan kempen terumpuk (baca: buffered earning). Kali pertama dapat setelah menggunakan Innity sejak dua bulan lalu.

Melihat kepada tajuk di atas, berapakah nilai Kempen CPC yang paling tinggi dan termahal pernah anda dapat? Pasti anda selalu memeriksanya kan? Merujuk kepada gambar, itulah nilai paling mahal pernah saya dapat iaitu RM4.50 untuk kempen Project Alpha Season 2 (Large Rectangle).

Continue reading