Wake Me Up When September Ends

Salam sejahtera buat semua.

Wake me up when september ends

1 Oktober telah menjengah kita hari ini. Syawal yang disambut sebulan yang lalu juga telah berakhir. Saya pun telah melangkah ke semester terakhir di UTP untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda. Seingat saya, semasa melangkah ke bulan September tempoh hari, klausa “wake me up when September ends” telah menjadi trending topic di Twitter.

Sekarang ni sudah pun berlalu bulan September, maka bangunlah masing-masing di bulan Oktober. Tolong la kejutkan mana-mana rakan-rakan yang tidur masa bulan September yang lalu.

Bulan September adalah bulan yang paling lama saya meluangkan masa di kampung halaman kerana terdapat cuti Hari Raya Aidilfitri dan juga cuti selepas tamatnya semester Mei 2011. Selain daripada bulan ini, masa lebih banyak dihabiskan di UTP meneruskan pengajian di Tahun Akhir.

Semasa berada di kampung halaman, sempat saya meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada yang telah saya kongsikan di sini seperti melihat bangungan QueensPark Kota Bharu, Kelantan yang telah siap dibina dan menghantar adik bongsu saya untuk membuat kad pengenalan baru. Namun ada juga yang tidak sempat saya coretkan lagi. Mungkin di lain masa jika berkesempatan.

Wake Me Up When September Ends

Sempat jugalah seorang rakan menceritakan sebuah kisah mengenai cinta dan jodoh berdasarkan kisah kakaknya. Ada seorang rakan bertanya lebih lanjut mengenai kisah ini, mungkin kerana dia bimbangkan keadaan yang sama turut terjadi kepada dirinya. Tidak kurang juga mengenai cukai perkhidmatan 6% untuk pengguna talian prabayar yang akhirya ditangguh buat masa ini.

Itulah sedikit sebanyak imbasan di bulan September, buat nukilan dan ingatan sebelum bermulanya saat sibuk sebelum menghabiskan sesi pengajian di UTP. Semoga yang terbaik buat rakan-rakan yang lain. Doakan saya dipermudahkan menghadapi kesibukan dan masalah yang bakal mendatang.

beliamuda: Gambar-gambar yang menghiasi bulan September; Letupan di Empire Subang, Perodua Myvi Extreme 1.5 dan Perodua Myvi SE 1.5.

2 thoughts on “Wake Me Up When September Ends

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge