Salam sejahtera buat semua.
Sedikit kemaskini berkenaan perancangan perjalanan kembali ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) pada hari ini sebagai tanda berakhirnya cuti raya untuk meneruskan sisa semester Mei 2011 dengan menduduki peperiksaan akhir.
Agak lama juga bercuti kali ini kerana dapat kembali awal iaitu pada hari Khamis minggu terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri yang sekaligus mengelak daripada terlibat dalam kesesakan jalan raya.
Walaupun cuti sebenarnya sudah berakhir lebih awal, tetapi disebabkan kertas peperiksaan yang perlu diambil jatuh pada hari Jumaat nanti, maka cuti boleh disambung sambil mengelakkan kesesakan lalu lintas, sekali lagi.
Berikut adalah perancangan pergerakan pada hari ini:
-
Pukul 9 pagi: Bertolak dari rumah dan singgah di stesen minyak terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kampung Kota untuk mengambil Faris.
-
Pukul 10 pagi: Mengambil Khairul Anuar di Melor sebelum meneruskan perjalanan pulang ke UTP.
-
Pukul 12 tengah hari: Singgah sebentar di Stesen Minyak Shell Jeli untuk mengisi minyak dan urusan lain yang berkaitan.
-
Pukul 2 petang: Berhenti di Hentian Perah, Gerik untuk makan tengah hari dan solat Zohor.
-
Pukul 5 petang: Tiba di UTP dengan selamat hendaknya…
Semoga perjalanan kali ini dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi hendaknya. Harapnya juga kami tiba pada waktu seperti yang dijangkakan.
beliamuda: Doakan keselamatan kami dalam perjalanan kali ini…
alhamdulillah
sudah selamat sampai
terima kasih boh
moh le kita study
good luck exam
penaberkala´s last blog about ..RAMADHAN TERAKHIR BERGELAR "STUDENT"
@penaberkala, studi2. Akhirnya result dah tahu. waaaaaaaaaaaa~