Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Pengguna Talian Prabayar Mudah Alih

Salam sejahtera buat semua.

Transfer my stuff to HTC Desire S

Sebelum ini telah timbul desas-desus mengenai rancangan pihak telco untuk mengalih serapan cukai perkhidmatan 6% kepada pengguna setelah mereka menyerapnya sekian lama. Hari ini, serapan cukai perkhidmatan 6% tersebut telah disahkan bakal berkuatkuasa mulai 15 September 2011.

Dilaporkan, setiap pengguna talian prabayar akan diberitahu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Setakat ini, saya belum lagi menerima sebarang SMS untuk kedua-dua talian prabayar saya (Hotlink dan Xpax) walaupun ada beberapa pengguna yang melaporkan telah menerima SMS tersebut sejak tengah hari tadi.

Mulai 15/9/2011, pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.

-Hotlink

Tiga telco terbesar bagi penyedia perkhidmatan talian prabayar telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing di portal mereka. Berikut adalah pengumuman yang dibuat di laman telco tersebut iaitu Hotlink, Xpax dan DiGi.

Logo Xpax

Selain dariapda pembelian tambah nilai prabayar yang dikenakan cukai perkhidmatan 6%, pek permulaan turut dikenakan cukai yang sama. Menurut pihak telco, sebelum ini mereka telah menyerap cukai perkhidmatan 5% yang dikenakan, namun dengan kenaikan sehingga 6% bermula 1 Januari lalu, mereka sudah tidak mampu lagi untuk menyerap kos cukai tersebut.

Bagi pengguna yang berada di kawasan bebas cukai seperti Labuan, Langkawi dan Tioman, cukai perkhidmatan tersebut adalah dikecualikan. Sebaik sahaja cukai perkhidmatan 6% ini dikuatkuasakan ke atas pengguna, beberapa saluran tambah nilai prabayar tidak dapat digunakan seperti ATM, CDM (mesin deposit wang), perbankan Internet dan gerai pembayaran elektronik.

Kesan Kepada Pengguna

Sebagai pengguna, penambahan cukai perkhidmatan 6% yang dikenakan ke atas pengguna ini sedikit sebanyak akan akan menambah kos sara hidup. Lagipun, pengguna prabayar lebih ramai dalam kalangan yang tidak mampu untuk memiliki talian pascabayar yang lebih tinggi kadar caj seperti pelajar. Berjimat sahajalah jawapannya.

Nokia X2-00

Kesan Kepada Saya Sebagai Penjual Topup

Mengikut maklumat yang diberikan oleh pihak telco, cukai perkhidmatan tersebut perlu dibayar mengikut kadar tambah nilai prabayar yang dibeli oleh pengguna. Sebagai contoh, tambah nilai RM10 akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 60 sen. Jadi, pengguna perlu membayar RM10.60.

RM10.00 + 6% cukai (60 sen) = RM10.60

RM100.00 + 6% cukai (RM6.00) = RM106.00

Sebagai seorang pengguna dan juga penjual topup secara sambilan kepada rakan-rakan, nilai 60 sen yang perlu dibayar berasingan (nilai tambahan ke atas tambah nilai RM10) akan menyusahkan urusan pembayaran.

Pada hemat saya, lebih baik jika cukai perkhidmatan 6% itu ditolak daripada tambah nilai. Jika tambah nilai berharga RM10, pengguna hanya mendapat nilai prabayar RM9.40. Ini lagi menyenangkan dari segi urusan pembayaran, tetapi mungkin menyusahkan di pihak telco untuk menukar sistem mereka.

RM10.00 – 6% cukai (60 sen) = RM9.40

RM100.00 – 6% cukai (RM6.00) = RM94.00

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna hanya mampu tunggu dan lihat sahaja bagaimana mereka mengimplementasikan cukai perkhidmatan 6% yang dikenakan kepada pengguna prabayar. Lagi seminggu sebelum ianya dilaksanakan.

beliamuda: Tinggi juga cukai 6% ni… T_T

13 thoughts on “Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Pengguna Talian Prabayar Mudah Alih

  1. Malaysia ni nak jadi mcm america jer. Semua benda nak kena cukai. Nampaknya nnt duit syiling jd aset penting la sbb senang sikit nak byr cukai perkhidmatan.

    • @nhar, Cukai ni memang tak boleh nak elak sebab ia dah jadi salah satu pendapatan kerajaan. Cuma rakyat kita masih belum sampai tahap aware (untuk mempersoalkan kemana dan dimana duit tersebut digunakan).

  2. “Sebaik sahaja cukai perkhidmatan 6% ini dikuatkuasakan ke atas pengguna, beberapa saluran tambah nilai prabayar tidak dapat digunakan seperti ATM, CDM (mesin deposit wang), perbankan Internet dan gerai pembayaran elektronik.”

    betul ke?? susah la camni..

    • @Faiz Jamaluddin, betul sebab sistem perlu diubah untuk tambahan nilai caj yang perlu dikenakan (cukai tersebut). Nasib baik ianya belum dilaksanakan.

  3. perghhh…mmg terbaek r krajaan kiter….semua benda nak bercukai…yang senang bertambah senang…yang susah d abaikan…ni lah krajaan yg gemilang n terbilang….

  4. Bagus la cmnie..sorang 6% klu dah sejuta org..berape agak2 nyer..
    Makin kembung la poket “DIE ORANG”..tu yang “DIE ORANG” suka..mungkin lepas 2-3 tahun nanti klu nilai 6% tu mcm dah tak cukup untuk “DIE ORANG”..dieorg akan naikkan pulak 10%. Bijak..Bijak…

  5. Wah, diorang ni makin nak kaut duit rakyat nampak? Hari tu dah belanja ‘barang’ besar guna duit kita tk cukup lg ke ? tak habis habis nk myusahkan rakyat. Apa semua ni? fikir kita cop duit ke apa? Bagusnyaaa kerajaan Malaysia ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge