beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

pen jam kad matrik utp

Nombor matrik???

Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas lansung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.

15

March
2010
Masa: 0:00

[Biasiswa 2010] Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

PETRONAS menawarkan pembiayaan dan penajaan untuk calon yang layak bagi memohon Program Pendidikan PETRONAS Bagi Lepasan SPM 2009. Pembiayaan ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) atau universiti lain samada di dalam Malaysia atau luar negara.

Tawaran penbiayaan ini adalah dalam bentuk pinjaman pendidikan.

Jom baca entri ni sampai habis »

12

March
2010
Masa: 8:00

Aku Yang Terasa Hot Edisi Teruna Sebab Bumi Yang Panas dan Kegersangan

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

panas terik

Ok, aku memang terasa sedikit hot sekarang. Tapi tiada maknanya terasa hot seperti sekarang ni. Hot sebab keadaan sekarang la yang membuatkan aku jadi hot. Kalau sampai bumi pun boleh jadi gersang sebab aura hot ni, manusia-manusia yang berada di atas muka bumi ni lagi la akan terasa hotnya.

Walau aku terasa hot, aku tetap tak dapat nak letak gambar yang hot kat sini. Kuyam boleh la letak. Kalau aku letak, nanti ada yang jelas, baik daripada spesies yang sama, mahupun spesies yang berbeza. ~_~

Jom baca entri ni sampai habis »

26

February
2010
Masa: 0:00

Forum Baitul Muslim Di UTP Menampilkan Saifulislam dan Penulis AAC

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Baitul Muslim UTP

Forum Baitul Muslim pada 17 Februari 2010 di Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menampilkan Saifulislam, penulis Aku Terima Nikahnya dan Ustaz Habiburrahman El-Shirazy, penulis buku Ayat-ayat Cinta.

Agak hangat juga forum Baitul Muslim kali ni. Rasa nak pergi, tapi ada beberapa kekangan yang timbul. Kita tengoklah nanti macam mana. Kalau dapat pergi, baguslah kan.

Jom baca entri ni sampai habis »

17

February
2010
Masa: 0:00

Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Jom baca entri ni sampai habis »

15

February
2010
Masa: 0:00

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009?

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

[Panas] Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009

Aish. Adik-adik ni. Memang tak sabar betul nak tahu bila keputusan SPM 2009 nak keluar. Abang tahu adik-adik semua berdebar menanti result SPM 2009 tu diumumkan. Abang pun pernah melalui debaran menanti keputusan SPM tidak lama dahulu, walaupun mungkin debaran banyak dihilangkan dengan kesibukan belajar di UTP.

Makin dekat dengan tarikh pengumuman (biasanya sekitar awal bulan Mac), makin terasa berdebar adik-adik kita ni. Banyak juga yang duk bertanya di sini. Ada je peluang nak tanya sikit, memang tulis terus.

Jom baca entri ni sampai habis »

12

February
2010
Masa: 11:20

Surat Saman Pertama Setelah Tiga Tahun

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

surat saman utp
Surat saman tersebut. Inilah contoh surat saman di UTP. Satu untuk pelajar, satu untuk Financial Department

Sungguh tragis semalam. Saya sudah melengkapi semua syarat-syarat dan peraturan semasa berada di kawasan blok akademik. Lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Information Resource Center (IRC). Kawasan panas kot.

Boleh kata kawasan segitiga bermuda yang paling berbahaya jika tidak mematuhi peraturan. Pak guard bersiap sedia dengan surat cinta keramatnya tu. Bila-bila masa-masa je boleh ditulis.

Jom baca entri ni sampai habis »

05

February
2010
Masa: 16:20
Muka 1 daripada 612345...Terakhir »