Salam sejahtera buat semua.
Melengkapi barisan generasi kedua Perodua Myvi yang dilancarkan pada pertengahan 2011 yang lalu iaitu varian Perodua Myvi Elegance dan Perodua Myvi 2011 Standard ialah Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L. Seperti yang telah diura-urakan sebelum ini, Perodua akhirnya mengeluarkan Perodua Myvi 1.5.
Perodua Myvi SE 1.5
Dua varian baru yang diperkenalkan bagi Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L ialah Perodua Myvi Extreme 1.5 dan Perodua Myvi SE 1.5. Sesuatu yang tidak dijangka, varian Special Edition (SE) turut mendapat peningkatan kapasiti enjin. Dalam entri kali ini, saya kongsikan gambar-gambar Perodua Myvi SE 1.5 yang lebih ditekankan kepada warna kuning (selain lagi empat pilihan warna yang ada).
Rekaan Luaran Perodua Myvi SE 1.5
Sekali imbas, mungkin tiada perbezaan ketara yang dapat di dilihat pada Perodua Myvi Se 1.5 ini berbanding dengan Perodua Myvi Extreme 1.5. Perbezaan yang utama pada kedua-dua varian ini ialah pada rekaan luaran (baca: exterior design). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, rekaan bodykit Perodua Myvi Extreme 1.5 kelihatan lebih ekstrim.
Pilihan warna yang ditawarkan untuk Perodua Myvi SE 1.5 boleh didapati dalam lima warna iaitu Solid Majestic Yellow (Solid), Ebony Black (Metallic), Ivory White (Solid), Glittering Silver (Metallic) dan Mystical Purple (Metallic) seperti yang dipaparkan dalam animasi gambar di atas.
Rekaan Dalaman Perodua Myvi SE 1.5
Gambar diambil daripada portal rasmi Perodua dan FastMotoring.
beliamuda: Saya pernah bawa Perodua Myvi SE 1.3 (generasi pertama). Apa agaknya beza ketara jika pandu Perodua Myvi SE 1.5?
memang cun dan harga pun cun
Pingback: Wordless Wednesday #15: Volkswagen Golf GTI | beliamuda {dot} com