Salam sejahtera buat semua.
Melengkapi barisan generasi kedua Perodua Myvi yang dilancarkan pada pertengahan 2011 yang lalu iaitu varian Perodua Myvi Elegance dan Perodua Myvi 2011 Standard ialah Perodua Myvi dengan kapasiti enjin 1.5L. Seperti yang telah diura-urakan sebelum ini, Perodua akhirnya mengeluarkan Perodua Myvi 1.5.
Perodua Myvi Extreme 1.5
Sebenarnya ada dua varian dalam barisan Perodua Myvi 1.5 iaitu Perodua Myvi Extreme 1.5 dan Perodua Myvi SE 1.5. Saya tidak menyangka varian SE (Special Edition) turut mendapat peningkatan kapasiti enjin. Dalam entri kali ini, saya kongsikan gambar-gambar Perodua Myvi Extreme 1.5 yang lebih ditekankan kepada warna kuning (selain lagi dua pilihan warna yang ada).
Rekaan Luaran Perodua Myvi Extreme 1.5
Mengikut maklumat yang dikongsikan oleh Paultan, varian Extreme adalah sama dengan varian SE kecuali bodykit Extreme yang dikatakan kelihatan lebih ekstrem, terutama bahagian depan yang nyata berbeza daripada SE.
Pilihan warna yang ditawarkan untuk Perodua Myvi Extreme 1.5 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Majestic Yellow (Solid), Ivory White (Solid) dan Ebony Blach (Metallic) seperti yang dipaparkan dalam animasi gambar di atas.
Rekaan Dalaman Perodua Myvi Extreme 1.5
Gambar diambil daripada portal rasmi Perodua dan FastMotoring.
beliamuda: 0-100 km/h dalam masa 10 saat?
free adv for hitz.fm 😀
Pingback: Wordless Wednesday #14: Volkswagen Golf GTI | beliamuda {dot} com