Bertahun Bercinta, Tapi Jodoh Tak Kesampaian

Salam sejahtera buat semua.

Love hate

Mereka sudah bertahun-tahun lamanya bercinta. Sejak dari zaman perkenalan awal mereka di bangku sekolah lagi. Pasangan kekasih yang sekelas. Sebut sahaja nama Fahmi dan Alia. Pasti ramai yang tahu. Selalu nampak mereka berkepit bersama ke mana-mana sahaja.

Itu di zaman persekolahan. Kedua-duanya berada dekat antara satu sama lain. Tapi mungkin tidak selamanya dekat kerana selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti, pastinya ada yang akan mula membawa haluan masing-masing.

Fahmi sebenarnya pelajar yang cemerlang. Mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapat semua gred A dalam SPM yang bakal diambilnya pada tahun itu. Namun hal ini sedikit berbeza dengan Alia. Alia hanya pelajar biasa sahaja. Akademiknya tidak cemerlang seperti Fahmi.

Tapi kedua-duanya telah berjanji. Walau kemana haluan mereka selepas SPM nanti, janji telah diikat untuk sama-sama menanti.

“Kalau lepas ni Fahmi sambung pelajaran di luar negara, Alia kena janji untuk tunggu Fahmi,” ucapan yang dilontar oleh Fahmi untuk mengikat janji kasih mereka berdua kepada Alia.

“Ya Fahmi, Alia akan tunggu kalau lepas ni Fahmi terpaksa berjauhan dengan Alia”.

Love Love Love

5 Tahun Berlalu…

Lima tahun telah berlalu sejak mereka berdua mengakhiri zaman persekolahan masing-masing. Seperti dijangka, Fahmi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan telah melanjutkan pelajaran ke Jepun. Sementara itu Alia pula meneruskan pengajian di dalam bidang perguruan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mereka berdua bakal mengakhiri pengajian masing-masing tidak lama lagi. Alia telah pun menjalani praktikal di sebuah sekolah rendah. Walaupun berjauhan, mereka masih lagi menghubungi antara satu sama lain, sama ada melalui Facebook mahupun Skype. Cuma tidak kerap disebabkan Alia jarang-jarang dapat online.

Promise Ring

Tidak berapa lama kemudian, Fahmi dikejutkan dengan khabar berita Alia telah dirisik orang. Alia telah dirisik oleh seorang jejaka yang tidak dikenalinya tetapi telah berkerjaya. Risikan itu datang tanpa diduga. Keluarga Alia tidak keberatan untuk menerima risikan daripada keluarga lelaki tersebut. Kini semuanya bergantung kepada Alia.

Apa yang mengejutkan ialah Alia membuat keputusan untuk menerima risikan tersebut. Dia kelihatan tidak membantah keputusan yang telah dibuat oleh keluarganya. Walaupun persetujuan itu sebenarnya tidaklah dilihat Alia seperti terlalu beria-ia untuk menerima.

Fahmi yang mengetahui khabar sedih tersebut telah menghubungi ibu Alia untuk merayu agar dipertimbangkan semula mengenai risikan oleh lelaki tersebut. Sebelum ini pun, keluarga Alia tiada masalah didalam perhubungan mereka berdua. Tetapi dia bingung kenapa Alia tidak membantah keputusan yang telah dibuat oleh keluarga dan sebaliknya turut bersetuju.

“Saya tak boleh hidup tanpa dia mak cik!”

*****

You promised me

Penceritaan di atas adalah adaptasi daripada sebuah kisah sebenar yang diceritakan oleh seorang rakan kepada saya beberapa hari yang lalu. Saya pun bingung kenapa si perempuan bersetuju untuk menerima lelaki yang datang merisik tersebut padahal dia telah pun “mengikat janji” dengan lelaki lain yang disukainya.

Apakah mungkin kerana si perempuan berfikir masa depannya lebih cerah dengan lelaki yang datang merisik tersebut kerana telah berkerjaya berbanding dengan teman lelakinya yang masih lagi sedang belajar?

Saya tinggalkan persoalan tersebut setakat itu sahaja untuk difikirkan. Lagipun, saya sendiri tidak mempunya jawapannya…

beliamuda: Sudah tiga orang rakan sekelas yang selamat mendirikan rumah tangga… Tahniah buat dua orang rakan yang baru sahaja selesai walimah masing-masing pada 17 September yang lalu…

Comments

15 responses to “Bertahun Bercinta, Tapi Jodoh Tak Kesampaian”

  1. Wan Perlis Avatar

    setiap kita dicipta berpasangan

  2. Rad Avatar

    Hal ni klu percaya pada jodoh ajal dan pertemuan Allah yg tentukan tiada persoalan yg timbul..redha je..LIFE MUST GO ON..

  3. Pisyek Avatar

    ko punya wedding nanti jangan lupa ajak aku, kalau x nanti aku emo! 😛

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, haha… insyaALLAH aku ajak mana2 yang berkenaan nanti~

  4. hazwan Avatar

    risau plak aku hahaha

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, ish3. Macam dah ada yang di-chop je?

  5. farhan Avatar
    farhan

    amboi…

    1. beliamuda Avatar

      @farhan, jangan amboi je. Komen lebih la sikit.

      1. dah knal kan? Avatar
        dah knal kan?

        @beliamuda,
        wah, wah, wah.arakian pon,kakak aku yg jadi feymes.

        1. beliamuda Avatar

          @dah knal kan?, arakian, kamu yang mengaku. hak3. weh, nanti aku nak sembang lagi pasal ni. Boleh?

          1. dah knal kan? Avatar
            dah knal kan?

            @beliamuda,
            hahaha.mau sambungan???
            no hal la.

          2. beliamuda Avatar

            @dah knal kan?, bila nak sembang lagi pasal ni? Huhu~

  6. […] jugalah seorang rakan menceritakan sebuah kisah mengenai cinta dan jodoh berdasarkan kisah kakaknya. Ada seorang rakan bertanya lebih lanjut mengenai kisah ini, mungkin […]

  7. farah zakirah Avatar
    farah zakirah

    memang sah sah,x yah laa nk cinta2 time skola,just menyakitkan hati dan pelajaran ntah ke mane

    1. beliamuda Avatar

      @farah zakirah, kalau masih sekolah, jauhilah alam percintaan. Senang nak terjebak ke kancah maksiat. Tumpu dulu pada pelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge