beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Arkib untuk ‘Meja penulis’

beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

beliamuda

Tema yang digunakan sebelum ni…

Setahun sudah berlalu sejak kali pertama nama beliamuda {dot} com mula muncul di alam internet. 9 Mac 2009 menandakan hari domain blog ini didaftarkan untuk kali pertama dan sudah lengkaplah usia blog ini setahun. Baru setahun jagung.

Kali pertama bertapak di hosting TNN sebelum beralih arah ke Serverfreak awal tahun ini. Domain ini masih lagi di bawah pendaftar (baca: registrar) yang sama. Sepanjang setahun yang lalu, pelbagai perkara telah ditempuhi dalam berblog di platform wordpress self-hosting berbayar.

10

March
2010
Masa: 0:00

Saya Masih Lagi Hidup, Terumbang-ambing Dipikul Ribut Cabaran

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

stress ball

Saya tidak pernah menyangka saya akan kehilangan kesempatan untuk mengemaskini blog lebih daripada seminggu. Bukan masa yang tiada menjadi penghalang. Masa masih ada dan kekal 24 jam seperti biasa.

Menyingkap entri terakhir sebelum ini iaitu jejaka yang hot meletup dabom, saya mengjangkakan akan mengisi entri seterusnya dengan entri dalam kategori Melodi d’Hujung Minggu dengan lagu Keterlaluan. Namun lain hal, lain keterlaluan yang terjadi.

Jom baca entri ni sampai habis »

05

March
2010
Masa: 15:30

Keterlaluan, Letih, dan Biarkanlah

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

valve

Mode: Sambil layan lagu Keterlaluan oleh The Potter (masuk dalam Melodi d’Hujung Minggu ni kot).

Mental: Letih, tapi rasa bersemangat (logikkah?) ~mood swing kot?

Rasa macam kurang sangat masa untuk mengemaskini blog sekarang ni. Nak gi melompat blog rakan-rakan pun dah tak sempat.

Jom baca entri ni sampai habis »

24

February
2010
Masa: 0:00

Pasca Contest Menangi RM20

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Setelah berakhir contest menangi RM20 tempoh hari yang turut diumumkan lima pemenang yang  mana tiga pemenang adalah pemenang bertuah (dipilih secara rawak) dan dua pemenang lagi dipilih daripada jumlah rujukan terbanyak kepada contest ini, urusan pemberian hadiah telah hampir selesai kesemuanya.

Kesemua peserta yang dihubungi melalui emel menerima hadiah mereka sebaik sahaja emel mereka diterima, kecuali seorang pemenang. Dua peserta yang membuat entri sedikit berbeza dan unik daripada peserta lain turut diberikan peluang memasang banner di sidebar blog ini (klik-klik di sebelah).

Jom baca entri ni sampai habis »

04

February
2010
Masa: 8:30

Keputusan Contest Menangi RM20 Untuk 5 Orang

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

RM20

Keputusan untuk contest kali pertama yang diadakan oleh beliamuda {dot} com akhirnya berjaya dikeluarkan – Contest Menangi RM20 Untuk 5 Orang. Buat yang ternanti-nanti (terutama peserta contest), kelewatan ini adalah disebabkan oleh masalah sambungan Internet pada hari terakhir contest yang menyebabkan saya tidak dapat mengakses blog.

Jom baca entri ni sampai habis »

24

January
2010
Masa: 0:00

Snippet: 13 Januari 2010

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Sungguh tidak larat untuk menulis sesuatu yang berat hari ni. Jadi, saya bagi snippet je la untuk entri kali ni.

1. Semakin banyak pertanyaan di emel berkaitan entri-entri pendidikan. Bagi yang masih menunggu respon, diharap bersabar sebab saya tidak berkesempatan untuk membalas pada hari ini.

2. Komen-komen yang tidak berbalas juga akan dibalas pada hari esok. Mohon sabar dengan pertanyaan anda. Kalau anda masukkan alamat emel yang betul, sampailah jawapan komen anda di peti emel.

Jom baca entri ni sampai habis »

13

January
2010
Masa: 22:00

Penyumbang Trafik Kedua Tertinggi Bagi Peraduan PTS

Diposkan oleh beliamuda

Salam sejahtera buat semua.

Affiliate Peraduan PTS

Tiada entri berat yang mahu dikeluarkan hari ni. Tidur yang sedikit lewat semalam gara-gara mahu mengemaskini blog sebaik sahaja AJL 24 berakhir dan ditambah bangun awal sebab semua orang nak keluar pergi kerja dan sekolah, keletihan jugak la.

11

January
2010
Masa: 20:36
Muka 1 daripada 111234510...Terakhir »