Tag: Tahun Akhir

  • Mumble-less Monday #15: Week 6

    Salam sejahtera buat semua.

    Week 6

    Minggu akademik kali ini ialah Week 6. Apa yang menarik pada hujung minggu kali ini ialah peluang untuk pulang ke kampung sempena dengan Hari Raya Aidiladha. Namun, sebelum ianya boleh menjadi kenyataan, banyak perkara yang perlu diselesaikan.

    Esok bermulanya CPW 2011 – Career Placement Week yang menjadi platform buat pelajar Tahun Akhir melakukan aktiviti pemburuan pekerjaan. Nampaknya keadaan kali ini tidak banyak berpihak kepada pelajar Kejuruteraan Kimia (iaitu kami CJ7). Perjalanan kita masih belum berakhir!

    (more…)

  • Wake Me Up When September Ends

    Salam sejahtera buat semua.

    Wake me up when september ends

    1 Oktober telah menjengah kita hari ini. Syawal yang disambut sebulan yang lalu juga telah berakhir. Saya pun telah melangkah ke semester terakhir di UTP untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda. Seingat saya, semasa melangkah ke bulan September tempoh hari, klausa “wake me up when September ends” telah menjadi trending topic di Twitter.

    Sekarang ni sudah pun berlalu bulan September, maka bangunlah masing-masing di bulan Oktober. Tolong la kejutkan mana-mana rakan-rakan yang tidur masa bulan September yang lalu.

    (more…)