Salam sejahtera buat semua.
Pada 11 September 2011 tempoh hari, genaplah umur adik bongsu saya 12 tahun. Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya. Jadi, setelah genap umur 12 tahun adik saya perlulah mendaftar untuk Kad Pengenalannya.
Tempoh hari, saya terlupa sebenarnya untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada dia dan terlepas untuk mengucapkan selamat berjaya sebelum dia menduduki UPSR 2011. Double loser! Jadi, apabila saya menelefon ke rumah sebelum pulang dua hari lalu, adik tak sabar-sabar menunggu kepulangan saya kerana ingin menuntut hadiahnya. >_<
Sebenarnya bukan sengaja nak terlupa tarikh hari lahirnya. Cuma pada hari tersebut saya sedikit sibuk kerana sejak awal pagi lagi telah bergerak ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar dan hanya kembali semula ke UTP lewat tengah malam.
Jadi hari ini, saya perlu menyelesaikan beberapa urusan iaitu urusan pendaftaran Kad Pengenalan dia dan juga belanja dia makan sebagai ganti terlupa mengucapkan selamat hari lahir. Hadiah awal-awal lagi dah bagi sebaik sahaja sampai di rumah. Itupun hadiah yang tidak dirancang pun untuk diberi.
Pendaftaran Kad Pengenalan Bagi Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun
Seingat saya, semasa mendaftar untuk Kad Pengenalan 10 tahun yang lalu, saya pergi ke sana ditemani Abah. Jadi, bolehkah jika saya yang pergi sebagai Penganjur (isitilah yang digunakan oleh JPN) untuk adik saya? Nasib baik maklumat yang diperlukan telah dipaparkan pada portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beberapa maklumat yang perlu diketahui mengenai permohonan Kad Pengenalan kanak-kanak 12 tahun:
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
-
Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
-
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
-
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
-
Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
-
Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
-
Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
-
Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
Seperti yang dinyatakan dalam Syarat Permohonan di atas, umur pemohon mestilah telah genap berumur 12 tahun dan permohonan mestilah dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap umur bagi mengelakkan dikenakan denda dan bayaran proses yang tidak akan dikenakan jika pendaftaran dilakukan dalam tempoh 30 hari. Adalah lebih baik jika pendaftaran dapat dilakukan pada tarikh hari lahir untuk mengelakkan daripada terlupa.
Saya akan hadir bersama-sama adik saya sebagai Penganjur. Hanya dua dokumen yang perlu dibawa bersama iaitu salinan asal Sijil Kelahiran adik saya dan juga Kad Pengenalan saya. Oleh kerana saya telah berumur 22 tahun, maka Surat Akuan Sumpah adalah tidak diperlukan. Lain-lain maklumat mengenai pendaftaran Kad Pengenalan kanak-kanak 12 tahun boleh dirujuk disini.
Kesimpulannya, sebagai warganegara Malaysia adalah menjadi tanggungjawab setiap warganya untuk mengetahui dan memahami secara asas mengenai urusan pendaftaran Kad Pengenalan kerana ianya adalah salah satu bukti yang menunjukkan kita adalah warganegara yang sah. Jangan lupa juga yang Kad Pengenalan perlu diganti sebaik sahaja berumur 18 tahun.
beliamuda: Nak bawa Syafiq makan kat mana ya jap lagi?
awat muka sma mcm abg dia? haha
@ibnufuad, dah nama pun adik beradik. Mesti la sama. Haha~
hairstyle die same!
@farhan, haha. samakah?
Going to utc Sentul tomorrow..
How’s the experience at the UTC Sentul?