Salam sejahtera buat semua.
Bermula pada hari ini, wang kertas peringatan bagi siri baharu yang akan mula berada dalam edaran pada Julai 2012 boleh didapati untuk pembelian orang ramai. Wang kertas baharu ini merupakan wang kertas siri keempat yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia untuk kegunaan sebagai mata wang.
Pastinya ramai yang akan cuba mendapatkan wang kertas terbaru ini sebagai kenang-kenangan terutama bagi pengumpul wang kertas. Bagi yang tidak ingin mendapatkan wang kertas peringatan ini, eloklah kita sama-sama menunggu sehingga wang kertas ini mula berada dalam edaran bermula tahun depan. Lagipun, wang kertas RM50 telah pun digunakan.