Mumble-less Monday #11: Duit RM50 Baru?

Salam sejahtera buat semua.

Duit RM50 kenang-kenangan Sukan Komanwel 1998

Baru-baru ini ada seorang rakan di Facebook menyiarkan gambar seperti di atas dengan mendakwa ianya adalah gambar duit RM50 yang terbaru. Saya sebenarnya sangsi dengan kenyataan beliau kerana tidak pula saya menjumpai mana-mana sebaran rasmi daripada pihan Bank Negara Malaysia (BNM).

Maka, bertanya terus kepada pihak BNM adalah langkah terbaik untuk mengetahui mengenai kebenaran gambar not RM50 yang didakwa terbaru itu. Satu emel dihantar lewat petang Khamis meminta penjelasan dan dibalas keesokannya oleh pihak BNM.

We would like to inform you that Bank Negara Malaysia in co-operation with Sukom Ninety Eight Berhad has issued the RM50 note as per your e-mail attachment, to commemorate the Kuala Lumpur ’98 XVI Commonwealth Games. You may want to browse the following urls for further information on the said RM50 note and other Malaysian currency:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&pg=733&ac=42

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&lang=bm

beliamuda: Kesimpulannya, duit RM50 yang ditunjukkan adalah bukan duit RM50 terbaru, namun adalah duit kenang-kenangan yang dikeluarkan bersempena dengan Sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Jika diamati bahagian belakang duit tu, maka dengan mudah terjawab persoalan sebenar…

Comments

8 responses to “Mumble-less Monday #11: Duit RM50 Baru?”

  1. ejam Avatar

    sukan komanwel ke-16 yg berlangsung di Malaysia ketika umurku masuk 16 tahun juga…kenangan besday paling best coz sama tarikh dgn hari perasmian sukom.. 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @ejam, Abg umur 16 eh masa tu. Saya masa tu baru umur 9 tahun.

  2. Jamaluddin Avatar

    Mana boleh dapatkan duit nie Bro..ade jual kat Bank Negara ke..

    Jamal memang pengumpul tegar duit2 macam nie..

    1. beliamuda Avatar

      @Jamaluddin, Tak tahu la masih ada ke tak dengan BNM. Dah lama sangat duit ni. Mungkin kena cari dengan collector lain.

    2. iqqa Avatar
      iqqa

      sy ade satu. harga bole runding.berminat?

  3. BiQa Avatar

    cantikk bro…memang best dapat..warna pun menarik

    1. beliamuda Avatar

      @BiQa, yup, warna memang menarik. Sebab tu la ramai salah sangka di duit yang baru.

  4. […] perkembangan ini juga, diharap bagi yang masih berkongsi gambar not RM50 edisi SUKOM 98 dengan mengatakan ianya adalah edisi duit RM50 terbaru dapat berhenti daripada menyebarkan info […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge