(Video Promo) Nokia X7-00 Bakal Menjengah Pasaran

Salam sejahtera buat semua.

nokia_x7_dark_steel_front-left_400x400Sudah dua tahun sejak saya memakai henset Nokia 5800 XM. Setakat ini, 5800 XM masih lagi berfungsi dengan baik dan hayat bateri masih lagi di tahap yang memuaskan. Jarang boleh jumpa hp Nokia yang sebagus ni. Sudah beberapa jenis hp Nokia yang telah saya guna sebelum ini.

Kini, Nokia bakal memperkenalkan satu lagi henset baru dalam siri X iaitu Nokia X7-00. Buat pengetahun semua, siri X ni susur galurnya berasal daripada siri Xpress Music (XM). Jadi, siri X itu sebenarnya khusus kepada henpon bercirikan hiburan.

Kenapa saya tertarik sangat dengan Nokia X7-00 ni? Sebabnya saya tengah mencari penganti kepada henset yang tengah saya pakai sekarang ni. Henset sekarang ni masih lagi bertahan walaupun skrinnya pernah tercalar semasa diletak di dalam poket seluar setelah bergesel secara tidak sengaja dengan meja batu dan selalu digunakan dengan ekstrem untuk merekod video serta melayari Internet (baca: tethering).

Continue reading

Twitpic Sepanjang Minggu #1

Salam sejahtera buat semua.

Kalau ada yang sempat membaca dan terbaca entri Cebisan Bulan Februari 2011 yang lalu, saya ada menyebutkan tentang keaktifan saya di twitter (#9). Salah satu benda yang jarang saya buat sebelum ni di twitter adalah berkongsi gambar di sana.

Sebelum ini, saya telah cuba menggunakan twitpic sebagai medium untuk berkongsi gambar di twitter. Saya memilih servis twitpic kerana antara-mukanya yang ringkas dan rasa lebih mudah untuk menggunakannya. Lagipun, saya tidak menggunakan applikasi khas twitter, melainkan Echofon di Firefox sahaja.

Jom terus kita terjah twitpic sepanjang minggu ini, buat kali pertama di blog beliamuda {dot} com.

Continue reading

RM4 Yang Menjadi RM50

Salam sejahtera buat semua.

RM50 baru

Setiap hasil pelaburan kita boleh menghasilkan untung mahupun kerugian. Mungkin juga ini berkaitan dengan nasib, skill ataupun suatu suratan yang telah ditetapkan.

Bercakap mengenai tajuk di atas, bagaimana RM4 boleh menjadi RM50? Ini bukanlah iklan mengenai suatu pelaburan mahupun kegiatan skim cepat kaya yang tak kaya-kaya pun. Ini adalah suatu penceritaan mengenai suatu kisah yang terjadi seminggu yang lalu.

Continue reading