Suratan atau Kebetulan?

Salam sejahtera buat semua.

suratan atau kebetulan

Apakah itu suratan? Apakah itu kebetulan?

Suratan takdir maksudnya sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan (takdir, nasib).

Kebetulan pula adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka atau disengajakan.

Ikuti situasi ini:

1. Hari ini adalah pengumuman keputusan kemasukan ke matrik, maka saya menghasilkan entri berkaitan dengannya yang menjadikan trafik hari ini melebihi dua kali ganda rekod terbaik sebelum ini. Ini bukanlah kebetulan, tapi sesuatu yang hadir dengan usaha.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

2. Hari ini jumlah pelajar yang terpaksa solat empat rakaat semasa solat Jumaat adalah sangat ramai. Semasa saya tiba, Imam sudah di khutbah kedua dan jemaah di bahagian luar masih lengang (biasanya sudah penuh). Kenapa terjadi macam ni? Sebab lagha di bilik ingat zohor masuk pukul 1.30 dan khutbah hari ini yang pendek. Adakah ia suratan atau kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

3. Hari ini saya merisik seseorang untuk menemani saya di sini. Adakah ianya kebetulan dengan rekod terbaik yang baru dicipta di blog ini? Bukan, ianya dilakukan dengan tujuan oleh saya.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

4. Adakah suratan atau kebetulan apabila ETP 35 layak untuk ke EDX (Engineering Design Exhibition) semester ini? Padahal Kakak dan saya telah teruk dikerjakan oleh Dr Suvvarao dalam sesi soal jawab semasa pembentangan projek tempoh hari (berkenaan Heat Transfer).

Poster Engineering Team Project UTP

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

beliamuda: Kadang-kadang, kita suka dengan kebetulan yang terjadi antara kita dengan seseorang, tetapi ada juga yang kita nafikan kebetulan itu kerana wujudnnya perasaan tidak selesa. Kita boleh mewujudkan kebetulan itu untuk menghadirkan suatu keindahan. Tapi, bukankah kebetulan itu juga suatu suratan takdir?

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

18 thoughts on “Suratan atau Kebetulan?

  1. Pingback: RM4 Yang Menjadi RM50 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge