Cebisan Bulan Februari 2011

Salam sejahtera buat semua.

1. Hari ini 1 Mac 2011. Bulan terakhir untuk suku pertama 2011.

2. Rasa laju sangat masa berlalu. Awal bulan Februari tempoh hari sempat pulang ke kampung sejak beberapa hari semester baru bermula.

3. Kini semakin menghampiri pula cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 10 Mac 2011. Cuti hanya selama empat hari sehingga hari Ahad.

4. Jadi, masih buntu lagi hendak pulang ke kampung atau tidak. Bergantung diatas permintaan rakan sekumpulan dalam Plant Design Project.

5. Sepanjang bulan lalu, ada empat minggu yang kelam kabut dan sibuk. Awal semester kena serangan batuk dan pada hujung bulan pun kena lagi. Memang mengganggu tumpuan dan perancangan.

6. Kini berada di minggu ke-6 akademik di UTP. Empat minggu telah berlalu dalam bulan Februari. Secara keseluruhan, progres yang tidak baik untuk akademik tapi momentum semakin dicapai. Harap dapat terus pergi ke full throttle.

7. Prestasi blog yang agak baik untuk bulan Februari dari segi kuantiti, namun kurang menyerlah untuk kualiti. Susah betul nak kekalkan kualiti.

8. Suka tengok graf-graf statistik yang ada sepanjang bulan Februari ni. Nak kekalkan momentum untuk bulan Mac.

9. Semakin tertarik untuk lebih aktif di twitter. Memang dah aktif pun sebelum ni, tapi dengan cara yang berlainan.

10. Mengikut jangkaan awal, keputusan praktikal akan keluar dalam bulan Februari, tapi rupa-rupanya akan keluar dalam bulan Mac. Mungkin selepas cuti pertengahan semester nanti.

 

beliamuda: Sumber manusia, pengurusan, industri, duit, akademik, ammonia, blog dan pelacur? Nak main jauh-jauh.

Comments

10 responses to “Cebisan Bulan Februari 2011”

  1. penaberkala Avatar

    wa salute sama lu bro
    semua berjaya, twitter, nuff, blog, churp2,youthsay
    kasik tunjuk ajar la sikit,haha

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, berjayakah? waaa… rasa macam belum berjaya lagi. tak capai target lagi.

  2. anaiha yusof Avatar
    anaiha yusof

    macam best kan utp,kwn ana pun ade kat sane..teringin nak masuk eheheh =)

    1. beliamuda Avatar

      @anaiha yusof, kawan ana tu dalam Foundation ke?

      1. anaiha yusof Avatar
        anaiha yusof

        @beliamuda, haah la kot rasanyalah,sebab dia masuk guna result trial..

  3. Wan Avatar

    sat ja cuti mid sem

    1. beliamuda Avatar

      @Wan, memang sat sangat. ni sebab jadual distruktur semula. esok lusa dah start cuti mid-sem.

  4. Pisyek Avatar

    ni musti trafik mantop meletup-letup… haha…

    lambat gile result intern keluar… haih~ =.=

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, takde meletup-letup pun…

      ps: aku pun tunggu result intern ni…

  5. […] ada yang sempat membaca dan terbaca entri Cebisan Bulan Februari 2011 yang lalu, saya ada menyebutkan tentang keaktifan saya di twitter (#9). Salah satu benda yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge