Salam sejahtera buat semua.
Dah beberapa hari Hari Raya Aidilfitri berlalu, namun kemeriahan Syawal masih lagi dirasai. Paling jelas, jalan raya sesak di segenap cabang. Terlalu banyak kenderaan di atas jalan.
Berbeza dengan hari pertama, jalan lebih lengang. Hari raya pertama lebih diraikan bersama ahli keluarga terdekat. Selepas itulah baru beraya, yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
Saya sendiri banyak keluar beraya ke rumah saudara-mara. Pagi ini awal pagi lagi sudah keluar rumah kerana ada majlis bercukur. Kenduri-kendara pun apa kurangnya. Kenduri kahwin banyak jugak yang diadakan di musim perayaan kali ini.
Cukuplah setakat ini. Kemaskini secara mobil ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan Maxis broadband.
Tag Archives: jalan raya
Rempuhan Lampu Merah Boleh Membawa Maut
Salam sejahtera buat semua.
Anggaplah tulisan kali ini adalah luahan hati seorang aku yang sedang bengang. Bengang dengan sikap pemandu kita yang boleh membawa kepada kecelakaan di jalan raya.
Baru sahaja sebentar tadi aku melalui satu situasi yang mana beberapa orang pemandu merempuh lampu isyarat merah. Merah itu tandanya berhenti, bukan suruh ko gi langgar. Bongok!
Kisah Pak Cik Tua Yang Selamba
Salam sejahtera buat semua.
Tersebutlah kisah, pak cik tua yang selamba. Hidupnya sangat selamba. Lagaknya memang selamba. Semua yang melihat pun tahu pak cik tu sangat selamba. Oh pak cik tua, kamu sebenarnya memang selamba.
Saya pun tak tahu lah betul ke penggunaan istilah selamba dalam konteks ni. Nak kata selamba, perlakuan tu sebenarnya dah jauh sekali dari selamba. Tapi, kalau tengok daripada riak muka pak cik tu, rasanya semua akan kata pak cik tu pak cik tua yang selamba.