Tali yang putus

Salam sejahtera buat semua.

Tanpa diduga, tali yang selama ini mengikat kad itu terputus secara tidak sengaja. Tiada rentapan mahupun daya yang kuat. Hanya sentuhan lembut untuk mengalihkannya sahaja. Nasib baik kad itu sempat disambut. Kalau tali itu terputus tanpa pengetahuan, mungkin sahaja kad itu telah tercicir di mana-mana. Takdir telah menentukan untuk kad yang kedua ini terus kekal bersama tuannya.

Continue reading

Los & Faun

Salam sejahtera buat semua.

Tajuk serupa sekali dengan tajuk filem kan? Bukan nak buat ulasan pasal cerita tu pun. Tengok pun tidak. Inspirasi entri ni datang daripada entri Syukur ft Alhamdulillah oleh Nazra.

Terdetik di hati lepas bagi komen kat situ. Cuba bayangkan situasi ni:

Zaman persekolahan. Bagaikan syurga buat mereka berdua. Mana taknya, berkepit sana, berkepit sini. Tak boleh nak berpisah. Bila ke kelas je, mesti berdua. Ayat-ayat manis penghias bibir ditabur. “I love you sampai mati” memang lekat hari-hari. Sekali dah habis sekolah, berpisah. Masing-masing membawa haluan sendiri. Tak lama kemudian, mereka bertemu semula. Adakah cinta mereka boleh berputik semula? Bagaimana pula kalau masing-masing dah ada pasangan yang baru?

Continue reading

Marah dan Tidur

Salam sejahtera buat semua.

Apa kaitan la pulak marah dengan tidur kan? Adakah bila marah je tidur? Atau, bila tidur je marah? Eh, pelik pulak bunyinya kan…

Marah dan tidur tidak akan dapat hadir bersama. Dua-duanya saling berlawanan. Tidur adalah ketenangan, marah adalah keserabutan.

Dr Fadhilah Kamsas selalu berpesan dalam ceramah motivasinya agar kita selalu mememaafkan sebelum tidur. Memaafkan orang yang buat kesalahan dengan kita dan memaafkan diri sendiri. Kan senang sikit nak tidur. Tak payah nak fikir sangat benda yang menyerabutkan kepala.

Continue reading

Saya nak beri tapi…

Salam sejahtera buat semua.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain. Continue reading