Salam sejahtera buat semua.
Tag Archives: kasih sayang
Seminar “Lelaki Pelindung Wanita”: Apa Kata Pencipta? di UTP
Salam sejahtera buat semua.
Esok adalah cuti umum sempena dengan perayaan Deepavali dan aktiviti untuk esok hari bakal terisi dengan menghadiri seminar “Lelaki Pelindung Wanita”: Apa Kata Pencipta yang bakal berlangsung di ruang Undercroft Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) anjuran Wanita IKRAM Perak. Jom ke sana rakan-rakan di UTP sekalian!
(UNIC) Hanya Tuhan Yang Tahu – Siratan Suatu Perasaan
Salam sejahtera buat semua.
Setiap lagu itu pasti ada tersimpan sesuatu memori disebaliknya. Setiap kali mendengar semula lagu itu, pasti akan membuka semula sejarah lampau. Salah satu lagu yang mempunyai kesan tersendiri dalam kisah perjalanan hidup saya ialah lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.
Kali pertama saya mendengar lagu nasyid ini ialah ketika di zaman menengah rendah. Masa tu kiranya di waktu awal kemunculan lagu-lagu nasyid kontemporari yang bergenre kasih sayang. Kumpulan seperti UNIC dan INTEAM adalah antara kumpulan yang sedang meningkat naik pada masa tu.
Bayi Dibakar Dalam Tong Sampah, Manusia Hilang Akal?
Salam sejahtera buat semua.
Tong sampah kawasan bayi yang dibakar itu dibuang. [Utusan Malaysia]
Saya pasti semua terkejut mendengar berita kejadian bayi ditemui dalam tong sampah yang mati dibakar. Terkejut dan pasti ramai akan menyumpah seranah tindakan tidak berkeperimanusian ini. Hilang akalkah manusia begini?
Malam ini merupakan satu lagi titik pemula kepada kes-kes sembilan bulan akan datang. Pasti semua mengerti kenapa saya berkata demikian? Malam ini merupakan malam yang akan diraikan sebagai malam kasih sayang. Malam pasangan tidak halal mengadu berahi.