Tali yang putus

Salam sejahtera buat semua.

Tanpa diduga, tali yang selama ini mengikat kad itu terputus secara tidak sengaja. Tiada rentapan mahupun daya yang kuat. Hanya sentuhan lembut untuk mengalihkannya sahaja. Nasib baik kad itu sempat disambut. Kalau tali itu terputus tanpa pengetahuan, mungkin sahaja kad itu telah tercicir di mana-mana. Takdir telah menentukan untuk kad yang kedua ini terus kekal bersama tuannya.

Kisah yang diceritakan di atas adalah kisah sebenar, bukan rekaan semata-mata. Situasi yang memberi ilham. Kalau dalam bab tali yang ni, bila dah putus, tak perlu risau nak sambung balik sebab boleh je cari tali yang baru. Lagipun, nak sambung tali yang ni pun macam kurang berkesan la pulak.

Ada satu situasi yang berlaku baru-baru ni. Ada “tali” yang hampir putus. Entah macam mana boleh berlaku pun saya sendiri tidak sedar. Saya hampir-hampir je terlibat sekali dalam memutuskan tali tu. Bukan sengaja pun. Jadi mangsa keadaan je la.

“Tali” tu memang dah tegang selama ni. Apabila tahap ketengangan dah melebihi sepatutnya, mulalah ada deformation berlaku pada “tali” tersebut. Bila dah terjadi sampai tahap tu, payah sikit la nak kembali ke keadaan asal.

Nak cadangkan supaya berdamai pun, dua-dua ada ego masing-masing. Jadi, seeloknya tunggu masing-masing tenang dan sejuk dulu. Sepatutnya, kena pandai-pandai la bertolak ansur. Bukan mudah “tali” tu dibina. Buat yang faham tu, fikir-fikirlah. Saya tak tahu siapa yang salah, tapi masing-masing patut tahu di mana silap sebenarnya.

Ubahlah cara komunikasi. Kalau dulu nak senyap je, bila dah panas sangat, mula la diluahkan semua. Sekali, tak kena masa pulak. Carilah kematangan dalam bicara. Kita ada medium yang pelbagai untuk berkomunikasi. (^_~)v

beliamuda: [1] Satu lagi kes lain, kalau takut tali terputus semasa menariknya, baik lepaskan sahaja tali tu dulu. Biar tali tu kukuh dulu, baru tarik balik… [2] Lagi tiga hari nak balik, ada beberapa entri personal lagi yang akan menyusul sebelum cuti semester ni…

Comments

15 responses to “Tali yang putus”

  1. x-po Avatar

    hoho begitu dalam makna istilah dlm entry tu, tp xpa, aku phm dan aku pun tgh mengalaminya
    .-= x-po´s last blog ..AKU ‘DIBUANG’ UPSI..OH! =-.

  2. penaberkala Avatar

    sungguh tersirat N3 kali ini
    apepun, main tarik tali elok2
    jgn kasik tali tu putus
    jgn plak kasi kita terjatuh klu terlepas tali tuh
    .-= penaberkala´s last blog ..PICNIC =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, sebab takut putus tu la kena lepas..

      kes hok nok putus ni dekat jah ngan kite… mungkin mung aware doh kot…

  3. hazwan Avatar

    jd la pnambungnye..hehhe
    .-= hazwan´s last blog ..Dah Hilang Malu Agaknya =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, aku hampir jadi pemutus.. huhu~

      1. apis Avatar

        kejam sungguh.huhuhu

  4. Kujie Avatar

    akhir2 ni entri lain macam je…:p

    jangan guna tali..guna getah je..elastik gitu..hehehe

    Tali terputus – ada beberapa sebab yg perlu difikirkan bukan sebab ketegangan tali tu semata2nya.

    ada org yg kerat?

    tikus gigit?

    jadi dlm masalah ni bukan 2 pihak saja yang memungkinkan tali tu putus tapi ada unsur2 alam..hehehehe

    be strong!
    .-= Kujie´s last blog ..Bukan lupa tetapi tak ingat =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, ade jugak yang perasan ek.. hehe.. biasalah, perasaan tengah bercampur baur… sebab tu la kot…

      1. Kujie Avatar

        @beliamuda, Kak Jie dah lama makan garam kata org…hehehe

        pemerhatian dgn deria ke-6
        .-= Kujie´s last blog ..Jangan menyempitkan mental dengan falsafah tidak membangun =-.

        1. beliamuda Avatar

          @Kujie, betul jugak kan…

          deria keenam ni la yang ngeri sikit nih.. huhu~

          1. apis Avatar

            makan garam sampai darah tinggi.hahaha!

  5. nazra Avatar

    takkan selesai apa2 masalah kalau tak mencuba cari jalan penyelesaiannya. harap cik belia dpt hadapi segala cabaran yg mendatang dgn izin-Nya 😉
    .-= nazra´s last blog ..Apabila mak suruh cari calon suami. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, terima kasih~

  6. apis Avatar

    aq x pernah lagi mengalaminye,sbb aq masih lagi studens

    1. beliamuda Avatar

      @apis, aku pun student lagi. semua kat atas tu student lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge