Selamat Menduduki PMR 2012 Buat Pelajar Tingkatan 3

Salam sejahtera buat semua.

Selamat menduduki PMR 2012

Sesungguhnya abang terasa penat sangat pada malam ini. Namun, keinginan hati untuk mengarang khas buat adik-adik pelajar Tingkatan 3 di luar sana nampaknya lebih membuak-buak kala ini.

Abang rasa mungkin adik-adik Form 3 sedang sibuk menelaah sehabis mungkin sebelum mula menduduki kertas pertama PMR 2012 pada hari esok. Tak kurang juga ada yang buat-buat tak tahu je pasal PMR esok ni. Yang bukan nak ambil PMR la kan?

Harapnya macam tu la. Kalau dijenguk jadual PMR 2012, kertas pertama esok adalah Bahasa Melayu. Sebab itu gaya bahasa tulisan abang pada malam ini lain macam sikit kot.

Oh, abang suka menulis ikut mood je sebenarnya. Adik-adik jangan tiru macam abang pulak.

Abang masih ingat topik utama dalam karangan untuk kertas Bahasa Melayu masa PMR 2004 yang abang jawab dulu iaitu mengenai menabung. Cuma abang dah tak ingat la apa yang abang tulis tu.

Eh, adik-adik ada dapat soalan bocor atau tips pasal kertas PMR 2012 tak? Kongsi la dengan abang kat sini. Keh3~

Tersenyum abang dibuatnya menulis sebegini rupa. Semoga berjaya buat adik-adik semua!

beliamuda: 🙂

2 thoughts on “Selamat Menduduki PMR 2012 Buat Pelajar Tingkatan 3

  1. Pingback: Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge