Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Pak Cik umur 50 Ambil PMR 2012

Nampaknya abang dah buat kesilapan besar apabila hanya mengucapkan selamat berjaya buat pelajar Tingkatan 3, sedangkan ada calon lain yang bukan daripada Tingkatan 3 turut menduduki PMR 2012.

Dalam surat khabar Harian Metro pada hari ini ada menyiarkan berkenaan calon paling tua yang menduduki PMR 2012 iaitu seorang pak cik yang berumur 50 tahun. Pak cik ini menduduki PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Turut bersama pak cik ini ialah seorang lagi rakan yang berusia dalam linkungan 4-an.

Pak cik yang dikenali sebagai Nordin ini merupakan seorang tukan kebun yang ingin menebus semula kegagalan semasa menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 35 tahun yang lalu. Zaman tu PMR belum wujud lagi. Setara la SRP dengan PMR ni.

“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu.

“Saya mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85. Walaupun sibuk, saya meluangkan masa mengulangkaji pelajaran.

“Pada mulanya anak dan isteri menyangka saya hanya bergurau, tetapi mereka kemudian memberi semangat dan dorongan,” katanya.

Harian Metro, 10 Oktober 2012

Saya kagum dengan pak cik yang berani untuk menduduki PMR 2012. Ramai orang kat luar sana pasti malu nak duduk bersama dalam dewan yang kesemuanya adalah pelajar Tingkatan 3 yang jauh lebih muda. Saya harap pak cik lulus PMR 2012 dan menebus kegagalan semasa SRP.

beliamuda: Saya doakan pak cik!

3 thoughts on “Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012

  1. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2012?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge