Salam sejahtera buat semua.
Pelan asal pada hari ini adalah untuk keluar berjalan-jalan di sekitar Arab St. Disebabkan tiada teman, rancangan dibatalkan.
Satu-satunya rakan yang berada paling dekat sekarang ni berada di Batam, Indonesia. Kalaulah dia masih di Singapura, konfem akan diajak keluar.
Disebabkan terbatalnya hasrat tersebut, rutin sehari suntuk untuk Ahad kali ini diluangkan di apartment sahaja.
Nasib baik ada novel Sunan Musafir yang masih di peringkat awal pembacaan untuk mengisi ruang waktu santai di petang ini.
Best jugak lepak di beranda sambil baca novel. Siap dengan makanan dan minuman pun ada sekali. Cuma pemandangan je tak best sebab menghadap blok apartment yang lain.
Nasib baik tinggal di aras lapan iaitu paling atas dan blok depan hanya setinggi empat tingkat sahaja. Boleh la nampak kawasan Clementi dan Ulu Pandan.
beliamuda: Apa aktiviti korang di petang Ahad ni?