Info Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

Salam sejahtera buat semua.

Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010.

Hari ini, penamaan calon telah diadakan untuk pemilihan Ahli Parlimen Sibu yang baru. Pilihan raya kecil Ahad depan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara:

1. Calon Barisan Nasional (BN): Robert Lau Hui Yew
2. Calon DAP: Richard Wong Ho Leng
3. Calon Bebas: Narawi Haron

Tarikh Pilihan Raya : 16 Mei 2010

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 12 yang lalu, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi dengan menewaskan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Demografi Pengundi

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 9 April 2010 yang mengandungi 54,695 orang pemilih, terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pemilih pos.

  • 54,695 pemilih berdaftar
  • 52,158 pengundi biasa
  • 2,537 undi pos (1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis)

Pecahan Mengikut Kaum

  • Cina 67%
  • Melayu/Melanau 10.5%
  • Bumiputera Sarawak 22%

Sumber: Laman web SPR dan Utusan Malaysia Online

10 thoughts on “Info Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (P212)

  1. Pingback: Keputusan Pilihan Raya Kecil Sibu (P212) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge