Dedikasi Buat Abah & Sambungan Sebuah Persoalan

Salam sejahtera buat semua.

mama dan abah

Hari ini saya ingin bercerita mengenai Abah saya, kerana hari ini adalah hari yang istimewa buatnya. Biarlah saya dedikasikan entri ini buat Abah.

*entri tahun lalu, menggunakan kata ganti nama diri “aku” – Selamat Hari Lahir yang ke-47, Abah.

Latar Belakang Abah

Abah dilahirkan pada 8 Mei 1962 di Kampung Jelawat (tempat tinggal saya sekarang, bersebelahan rumah nenek belah Abah dan juga tapak asal rumah ayah kepada datuk saya).

Menjadi anak kepada Imam Masjid Darul Naim, Jelawat tidak menghalang Abah untuk menjadi seorang yang nakal (ini nenek yang cerita). Kenakalan biasa sebagai seorang budak jaguh kampung, namun ketegasan Tok Ayah dalam mendidik Abah telah menjadikan apa Abah sekarang ni (rasanya cara didikan yang sama diguna pakai untuk membesarkan kami adik beradik, kecuali bab rotan. Tak pernah lagi kena rotan dengan Abah).

sawah bendang jelawat

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu. Selepas itu terus lagi sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – satu uni dengan Mama, tapi Mama dan Abah bukan pasangan sejak zaman U. Mereka dijodohkan oleh keluarga.

Abah kemudian bekerja sebagai juruteknik (bahagian membaiki kenderaan) di Hospital Besar Kota Bharu (HBKB) – sekarang dikenali sebagai Hospital Raja Perempuan Zainab II (tak pasti sama ada inilah pekerjaan pertama Abah).

Sebaik sahaja pengswastaan perkhidmatan kerajaan diperkenalkan, Abah antara golongan pekerja yang terlibat. Daripada bekerja di hospital, Abah kemudiannya bekerja dengan sebuah syarikat sokongan hospital, Radicare juga dibahagian membaiki kenderaan.

Sekarang, Abah masih lagi bekerja dengan Radicare (lebih tepat sebagai Radifleet, salah satu segmen bisnes Radicare) di bengkel kenderaan cawangan Kota Bharu. Dah banyak kali jugakla saya jejak kaki ke sini, berbanding adik-adik saya yang lain.

Catatan Daripada Anak Sulung

Sebagai anak sulung, saya sering dijadikan penanda aras dan rujukan buat adik-beradik yang lain. Rasanya, sayalah yang menerima didikan paling tegas dalam kalangan kami.

gambar family di rumah kak nida

Tidak dinafikan, semasa zaman kanak-kanak dulu, selalu kena marah dengan Abah. Lepas kena marah, mesti rasa tak puas hati sangat dan mula nak merajuk kan. Tapi merajuk dalam hati je la.

Sebaik menjejakkan kaki ke MRSM sejak di Tingkatan 1, hati sedikit sebanyak diterjah kerinduan kepada keluarga. Mana taknya, belajar jauh di Pulau Pinang dan jarang-jarang sekali dapat pulang ke rumah.

Berkenaan jawapan kepada soalan yang mengundang bisu, saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dan pandangan. Saya akan balas balik setiap komen tersebut dalam masa terdekat. Berikut adalah beberapa komen yang menarik perhatian saya:

1. Ikin

sebab diorang rasa kerja kat tempat membaiki kereta cuma membaiki kereta je kut.

“ayah saye kerja jual sampul surat.”

Abah saya memang kerja membaiki kenderaan (terutama van hospital). Cuma sekarang dia telah menjadi Eksekutif Bengkel Radifleet Kota Bharu.

2. syahirul

erm bagus jawapan ko sbb berterus terang.. remaja sekarang ni (tak semua) kalo malu ngan pekerjaan mak atau ayah, mesti cover kaw2 nya.. ape la depa ni..

Nasib baik sepanjang aku berkawan ni tak pernah lagi jumpa rakan-rakan yang menipu pasal kerja mak dan ayah dia. Semuanya bangga dengan apa yang dilakukan oleh mereka, selagi ianya tidak salah.

3.Nurlulu

Emm soalan tu biasa je ditanya sebab awak belajar di UTP, mungkin. Kebanyakan student situ kan ayah diaorg PET.

Mungkin ada kebenarannya. Ramai juga pelajar di sini daripada kalangan berada. Maklumlah, inikan IPTS. Yang pakai kereta pun ramai.

beliamuda: Abah ada bagi nama timangan (nama manja) untuk setiap kami adik-beradik.

20 thoughts on “Dedikasi Buat Abah & Sambungan Sebuah Persoalan

  1. Gajah ~ gelaran ‘manja’ ini yang Abah saya beri pd saya. Sebab saya kuat makan. Haha. Selamat Hari Lahir buat Abah awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge