Berblog Semula Dengan Penuh Bergaya

Salam sejahtera buat semua.

blog bergaya

Sepanjang menempuh kesibukan melampau sepanjang sem ini, akhirnya tiba juga kepada penghujungnya. Study week akan bermula minggu depan sebelum bermulannya tiga minggu final exam.

Tidaklah melampau jika saya katakan sem kali ini adalah yang paling sibuk sepanjang saya berada di UTP. Kewujudan Engineering Team Project (ETP) memerlukan kepada kerja yang konsisten sepanjang sem (walaupun tidaklah sebegitu kerana ada komitmen lain).

Hampir setiap minggu juga saya dan rakan-rakan memakai baju kemeja formal ke kelas disebabkan subjek Professional Communication Skill (PCS) yang meliputi 8 minggu presentation (satu minggu untuk technical group presentation, tiga minggu untuk technical individual presentation, satu minggu untuk business meeting dan tiga minggu terakhir untuk persuasive presentation, paling sukar antara semua).

pcs-persuasive-presentation

Mungkin sebab itu jugalah saya lebih senang dengan entri-entri personal yang terarah kepada taip dan lepas, tidak seperti entri informatif yang memerlukan maklumat tambahan dan sumber luar yang selalunya banyak menelan masa.

Kalau sebelum ni sempat untuk menilai sama ada entri itu ada nilai SEO yang tinggi atau tidak, sekarang ni saya rasa lebih senang untuk melepaskan entri personal. Tidak kisahlah sama ada ia akan menerima komen yang banyak atau tidak (trafik mesti mahu), asalkan saya tahu ianya dibaca oleh beberapa orang tertentu terutamanya rakan-rakan terdekat saya.

Kali ini juga saya tidak berkesempatan untuk menjejak blog rakan blogger yang lain dan jika berkesempatan, sekadar membaca tanpa meninggalkan jejak. Masa saya paling suka menjelajah ialah awal pagi sebab internet pun laju, tapi masanya singkat sangat. Waktu malam pula lebih suka dihindari sebab ianya banyak mengundang pilu di hati (internet siput babi).

Sebagai penutup, akhirnya perasaan untuk berblogging dengan lebih bergaya sudah mula menyala kembali. Rasa sedikit lapang untuk berfikir dengan lebih tenang walaupun rasa macam daya fikir dah makin tumpul. Nak buat ayat pun rasa payah. Bak kata Irda, “inspirasi kena ada”.

beliamuda: Sebaik sahaja kertas terakhir final exam, saya ada lebih kurang empat hari sebelum memulakan Latihan Industri (baca: Internship) di Celestica, Kulim Hi-Tech, Kedah selama lapan bulan atau 32 minggu. Lama kan?

26 thoughts on “Berblog Semula Dengan Penuh Bergaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge