Tali yang putus

Salam sejahtera buat semua.

Tanpa diduga, tali yang selama ini mengikat kad itu terputus secara tidak sengaja. Tiada rentapan mahupun daya yang kuat. Hanya sentuhan lembut untuk mengalihkannya sahaja. Nasib baik kad itu sempat disambut. Kalau tali itu terputus tanpa pengetahuan, mungkin sahaja kad itu telah tercicir di mana-mana. Takdir telah menentukan untuk kad yang kedua ini terus kekal bersama tuannya.

Kisah yang diceritakan di atas adalah kisah sebenar, bukan rekaan semata-mata. Situasi yang memberi ilham. Kalau dalam bab tali yang ni, bila dah putus, tak perlu risau nak sambung balik sebab boleh je cari tali yang baru. Lagipun, nak sambung tali yang ni pun macam kurang berkesan la pulak.

Ada satu situasi yang berlaku baru-baru ni. Ada “tali” yang hampir putus. Entah macam mana boleh berlaku pun saya sendiri tidak sedar. Saya hampir-hampir je terlibat sekali dalam memutuskan tali tu. Bukan sengaja pun. Jadi mangsa keadaan je la.

“Tali” tu memang dah tegang selama ni. Apabila tahap ketengangan dah melebihi sepatutnya, mulalah ada deformation berlaku pada “tali” tersebut. Bila dah terjadi sampai tahap tu, payah sikit la nak kembali ke keadaan asal.

Nak cadangkan supaya berdamai pun, dua-dua ada ego masing-masing. Jadi, seeloknya tunggu masing-masing tenang dan sejuk dulu. Sepatutnya, kena pandai-pandai la bertolak ansur. Bukan mudah “tali” tu dibina. Buat yang faham tu, fikir-fikirlah. Saya tak tahu siapa yang salah, tapi masing-masing patut tahu di mana silap sebenarnya.

Ubahlah cara komunikasi. Kalau dulu nak senyap je, bila dah panas sangat, mula la diluahkan semua. Sekali, tak kena masa pulak. Carilah kematangan dalam bicara. Kita ada medium yang pelbagai untuk berkomunikasi. (^_~)v

beliamuda: [1] Satu lagi kes lain, kalau takut tali terputus semasa menariknya, baik lepaskan sahaja tali tu dulu. Biar tali tu kukuh dulu, baru tarik balik… [2] Lagi tiga hari nak balik, ada beberapa entri personal lagi yang akan menyusul sebelum cuti semester ni…

15 thoughts on “Tali yang putus

  1. akhir2 ni entri lain macam je…:p

    jangan guna tali..guna getah je..elastik gitu..hehehe

    Tali terputus – ada beberapa sebab yg perlu difikirkan bukan sebab ketegangan tali tu semata2nya.

    ada org yg kerat?

    tikus gigit?

    jadi dlm masalah ni bukan 2 pihak saja yang memungkinkan tali tu putus tapi ada unsur2 alam..hehehehe

    be strong!
    .-= Kujie´s last blog ..Bukan lupa tetapi tak ingat =-.

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge