(Wali Band) Puaskah – Luahan hati yang terluka

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Sejak kali pertama dengar lagu Wali Band – Cari Jodoh, banyak lagu-lagu daripada band ni yang saya dah dengar. Banyak juga yang sedap sekali didengar. Dalam banyak-banyak tu, ada satu lagu yang agak menyentuh perasaan.

Lagu tersebut, “Puaskah” agak menyentuh perasaan dengan permulaan rentak lagu pada pandangan saya agak sentimental. Liriknya pun agak sedih juga ya…

Jom layan lagu ni dalam video di bawah…

***

***

Wali Band  – Puaskah

Puaskah Kau Lukaiku
Puaskah Kau Sakitiku
Puaskah Khianatiku
Puaskah Hoo Sayangku

Di Manakah Nuranimu
Di Mana Akal Sehatmu
Sekarang Kau Campakanku
Setelah Kau Dapatkanku

Reff
Mungkin Hanya Bila ku Mati
Kau Kan Berhenti Tuk Menyakiti
Sampai Kapan aku Begini
Terus Begini
Terus Engkau Lukai

Ingatlah Saat Yang Lalu
Saat Kau Peluk Diriku
Tapi Kini Semua Lalu
Kau Tega Khianatiku

Kembali ke Reff

***

Puaskah kau sakitiku? Walau kau sebenarnya tahu aku sayang padamu…

Sungguh aku tidak mengerti apa yang ada di fikiranmu. Setiap kali kita bertemu, pasti ada sahaja perselisihan yang timbul. Pasti ada hati yang terasa.

Mengapakah mesti begitu? Makin dalam aku cuba fahami dirimu, makin jauh aku rasakan dengan dirimu. Tidak kusedar bilakah kau wujudkan benteng ini. Bila ku sedar, ia telah pun kukuh berdiri.

Sampai bilakah aku akan terseksa begini? Tidakkah kau pun turut merasai peritnya menahan derita, sebak di dada, seakan sembilu yang menusuk kalbu…

9:10PM 16-SEPTEMBER-2009

beliamuda: Sejak sehari dua ni hujan turun sepanjang hari. Makin hilanglah mood nak studi untuk paper terakhir pada hari Rabu nih… parah… habis je paper tu, bermulalah cuti semester dan berakhirnya kehidupan di Second Year

PENAFIAN: Tulisan entri ini sama sekali tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Inspirasi tulisan di atas datang daripada lagu ini semata-mata. Harap maklum.

22 thoughts on “(Wali Band) Puaskah – Luahan hati yang terluka

  1. hu2…lagu ni mmg touching la…tp i dont mind sbb i ngah bahagia skang…skdr nk lyn 2 bolehla……

  2. Sedih sangat dengar lagu ni….aku tau lagu ni wujud pun pas balak baru aku gtau lagu ni ditujukan wat kekasih lamanya curang kat die time sekolah dulu sampai la ni kami berjumpa dan bercinta dengan aku….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge