Spiderman akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas

Salam sejahtera buat semua.

spiderman

Satu-satunya Spiderman yang diketahui hidup di dunia ini, Alain Robert akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas dalam percubaannya semalam setelah mencuba buat kali yang ketiga. Percubaannya yang pertama ialah pada tahun 1997 dan kemudiannya pada tahun 2007.

Alain Robert merupakan seorang warganegara Perancis yang terkenal dengan kebolehannya untuk memanjat bangunan tinggi tanpa sebarang kelengkapan memanjat. Dalam dua percubaan memanjat Menara Berkembar Petronas sebelum ini, dia ditahan semasa dalam proses memanjat. Jadi, dia tidak pernah berkesempatan untuk menyudahkan misinya itu.

Alain-Robert-Spiderman-Menara-Berkembar-Petronas

Pada tahun 2007

Alain Robert berminat untuk memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 1997 kerana bangunan ini ialah bangunan tertinggi di dunia pada masa tersebut. Antara bangunan terkenal lain yang pernah dipanjatnya ialah Sydney Opera House, Eiffel Tower, dan Taipei 101.

puncak Menara Berkembar Petronas

Alain berada di puncak tertinggi

Dalam usaha ketiga Alain untuk menawan Menara Berkembar Petronas, dia mula memanjat seawal jam 6 pagi (5.45 pagi – Utusan Malaysia). Dia berjaya sampai ke puncak dalam masa lebih kurang dua jam. Berkemungkinan, dia bermula di awal pagi pada tahun ini untuk mengelak ditahan semasa memanjat.

KLCC / SPIDERMAN

Sebaik sahaja turun, dia ditahan oleh pihak Polis untuk siasatan dan akan didakwa atas alasan menceroboh. Tindakan Alain ini boleh dikatakan sebagai promosi percuma untuk Malaysia. Walaupun tindakan ini boleh dikatakan bodoh-nak-mati, tahniah diucap kepada Alain kerana berjaya juga menawan Menara Berkembar Petronas.

Di bawah ialah video Alain memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 2007. Rasanya tahun ni tiada video dari dalam bangunan sebab mana ada orang datang kerja lagi pada masa tu kan…

Fakta: Alain Robert disahkan sebagai penghidap penyakit vertigo secara kekal yang menjadikan dia kehilangan kebolehan untuk menyeimbangkan tubuh badan. Dia mendapat penyakit ini kerana pernah terjatuh semasa memanjat pada usia 20 tahun.

beliamuda: sempat lagi update walaupun sibuk… (~_~)v

36 thoughts on “Spiderman akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas

  1. huyooo…berani btllah..respek kat dia..sepatutnya dia minta kebenaran dulu ngan pihak berkuasa bukan main redah je..apa2 pun saya respect kat dia.kwn2 kalau ada pengambilan polis tahun ni gtaulah kat blog ni,saya da lama nak jd polis..

Leave a Reply to naz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge