Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52

Salam sejahtera buat semua.

malaysia-merdeka-52

Entri pendek sahaja. Sekadar ingin mengucapkan salam kemerdekaan yang ke-52 buat semua rakyat Malaysia.

Persoalan biasa yang timbul bila tarikh 31 Ogos menjelma –  “kita sudah betul-betul merdekakah?” Saya tak nak komen banyak. Sudah ramai blogger yang tulis. Pembaca sendiri pun mempunyai pandangan masing-masing kan?

Semalam, ada “Ops Masih Ada Yang Sayang” di sekitar Lembah Klang. Ada la dalam 200 orang juga yang kantoi. Dalam 200 orang tu, ada la 60 orang awek. Aish.. –_-“. Semuanya remaja dan masih belia lagi. Beliamuda takde la pulak kat sana. Ni la kan golongan yang betul-betul “merdeka”. Err, jangan pangkah saya. Pangkah mereka la ya.

merdeka-trend-topic

Semalam juga, ada misi untuk jadikan #merdeka sebagai trending topic di twitter. Tak berjaya masuk pukul 12 tu, tapi rasanya sempat naik juga (entah pukul berapa). Ni pun aku semak di Twitter Power Search. Rasanya, baik kita sambut merdeka dengan online je kan. Daripada duk merayau, berpelesiran, bermaksiat dan tak tentu arah di malam merdeka tuh.

Google dan Yahoo pun ada turut serta dalam sambutan merdeka tahun ini.

Sila arahkan kursor ke gambar untuk lihat animasi

malaysia09

Daripada Google Doodle

Satu lagi, hadiah merdeka tahun ini tidak lain tidak bukan ialah kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen (RON95) dan 20 sen (RON97). Nantikan pengumuman rasmi petang nanti. Dijangka berkuatkuasa tepat 1 September 2009.

beliamuda: salam merdeka untuk semua. Banyak kerja lagi nak kena buat ni. Nanti ada orang marah pulak!

11 thoughts on “Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52

  1. Assalamualaikum beliamuda. Wah! patriotik juga tagname ini. Saya dari blog Mantra tadi, terus singgah di sini.

    Salam perkenalan dari saya.

    Bilamana ada kelapangan jemput singgah ke blog saya ya. Kita kongsi2 pengalaman dan info.Atau mungkin juga
    kita boleh jadi business associate, mana tahu kann…Hal bisnes ada dalam ruangan “income” dalam blog saya.

    Ok, salam ceria dan selamat berpuasa

    Bilamana ada kelapangan singgah ye

    Assalamulaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge