Salam sejahtera buat semua.
Baru sebulan yang lalu kita mendapat berita kematian ADUN Permatang Pasir, Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman yang membawa kepada Pilihan Raya Kecil pada 25 Ogos lalu. Hari ini, kita dikejutkan pula dengan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN).
Petikan berita daripada Utusan Malaysia Online.
PORT DICKSON 4 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pukul 2.30 petang ini.
Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. – Utusan
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd. Noor.
Allahyarham merupakan ADUN Bagan Pinang (N31) yang berada di bawah Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu untuk DUN Bagan Pinang.
Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan kali ini adalah yang ke-9. Pasca PRU 2008 telah menyaksikan pelbagai peristiwa. Selain Pilihan Raya Kecil yang agak banyak diadakan, kita telah menyaksikan krisis kerajaan di Perak yang membawa kepada 1Perak, 2Kerajaan dan ADUN melompat parti.
Pilihan Raya Kecil kali ini bakal menyaksikan perebutan di kawasan milik BN. Kemenangan di pihak Pakatan Rakyat pasti membawa nafas baru dan ini juga memberikan tekanan kepada BN untuk terus mengekalkan kerusi ini yang berada di dalam Parlimen yang diduduki Pakatan Rakyat (PR).
Nota:
Parlimen Teluk Kemang adalah kawasan di bawah PR. Ada lima DUN di bawah Parlimen ini. Tiga adalah kawasan yang dimenangi PR, manakala dua lagi adalah kawasan BN. Kawasan yang dimenangi BN majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu.
beliamuda: Al-Fatihah untuk Allahyarham YB Azman. *bersiap sedia untuk menyaksikan perang maki hamun jika PRK ini diadakan…
huhu…
pilihanraya non stop negara ni,,
ape nak jadi la…
@Jaws, sudah ditakdirkan macam tu.. kematian tak dapat dielakkan.. mungkin sebab ramai sangat orang lama yang jadi YB..
skrg mmg musim adun meninggal kan..mana2 yg byk buat dosa tu cptla bertaubat..semoga hidup kita diredhai oleh Allah
.-= ariey´s last blog ..Cara Disablekan control panel di window =-.
@ariey, kematian merupakan pengajaran terbaik kepada manusia…
Um.. Kawasan ni kubu kuat U***. Harap-harap Islam akan menang.
GO Islam GO!!
Kalau di forum hangat debat pasal ni.
@Nikuve, dah hangat dah pon.. nanti nak ngundi mesti lagi dahsyat…
nmpknya ada pilihan raya lg la..adeh
.-= x-po´s last blog ..JENIS WANITA YANG MUDAH DITIPU =-.
@x-po, tidak boleh dielakkan…
Semoga parti yg ikhlas memperjuangkan ISLAM menang! huhu
.-= Adney´s last blog ..Still Down.. & Down.. Perlukah? + New OS (^^) =-.
@Adney, amin~~
bosan pulak bila asyik2 ada pilihanraya..tp nk wat cmna kes kt Bagan Pinang ni psl meninggal dunia..trpaksa la ada pilihanraya jugak..
.-= nazra´s last blog ..Walet mula dikenali… =-.
@nazra, betul tu..
dalam 8 PRK pasca PRU,7 drpdnya dari tmpt yg dimenangi PR pd PRU n 1 dr BN(Batang Ai)..n PRK ke 9 ni dr BN gak..
1kemenangan bt PR menambahkan momentum sedia apa pada kemenagan mereka sblum ni,n 1kemenangan pada BN memberi suntikan smgt kpd BN ..
Semoga tidak berlaku lagi serangan peribadi terhadap calon dimana jelas membuka aib tuk tujuan politik semata2..abes PRK senyp trus..
Jika kita menyimpan aib orang lain,nescaya Allah menyimpan aib kita di akhirat kelak..Jadikan PRK ini spt di Manek Urai,di mana keadaan yang aman(kcuali masa pengundian..ada kekacauan sdikit),ble UMNO masuk tmpt PAS dterima.PAS masuk tmpt UMNO diterima..inilah demokrasi sbenar..bukn dgn belagak samseng meamki hamun opponent dan melaungkan demokrasi..
Semoga pemilihan calon yang tepat,seterusnya memberi kemenangan kepada Calon yang mampu membawa pembangunan yang baik kepada tempat berkenaan dan memartabatkan Islam semestinya..
(Kadang2 sedih tgk ahli2 politik..ble ada kematian,terus wt pengumuman strategi PRK yg akan dibuat sume..sume sama..agak2 a..bia la urusan allahyarham setel lu..da cool down skit..br announce..huhu)
.-= aminbaek´s last blog ..~14 Ramdhan~ =-.
@aminbaek, harapnya begitulah.. tpi, macam mustahil untuk benda tu terjadi buat masa sekarang.. pasti ada pertikaman lidah…
Salam.
Datang dan pergi bukanlah kehendak manusia. Jadi, untuk manusia yang perlu sambung perjuangan ini harap dapat bertanggungjawab sepenuhnya dengan tanggungjawab yang bakal/sedang dipegang.
Sila baca pendapat saudara Firdaus Rosli bagaimana cara untuk mengadakan pilihanraya tanpa menggunakan duit rakyat. Sekadar bacaan sampingan, http://firdausrosli.wordpress.com/2009/09/07/cadangan-untuk-perak-yang-dipandang-remeh/
.-= Adam´s last blog ..Selamat Ulang Tahun Sayang =-.
Kalau BN betul2 bermaruah, hapuskan undi pos tentera, biarkan tentera turut mengundi seperti rakyat yang lain kerana pada masa ini negara berada dalam keadaan aman, saya takkan berbangga kalau menang kerana undi pos tentera kerana mungkin wujudnya penipuan pada kertas undi berdasarkan pada pengalaman saya, mengapa nombor siri kertas undi pos tentera ditulis dgn PENCIL dan mengapa tidak dicetak?
EX ARMY.
@Ali Topan, nak bagi tahu, kenape mesti dihapuskan undi pos, tentera sepatutnya lebih bersedia untuk menyelamatkan negara, bukan mengacaubilaukan, dah banyak makan duit kerajaan, dan kebanyakan askar-askar sekarang dah terlalu banyak kemudahan, kalau pun korang undi pos penipu, memang patut pun,
dan lagi, naka tanye awk ni tentera ke kalau tentera bg no tentera tu… biar senang tarik balik kerja n keistimewaan yang di beri tu…