Salam sejahtera buat semua.

Satu-satunya Spiderman yang diketahui hidup di dunia ini, Alain Robert akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas dalam percubaannya semalam setelah mencuba buat kali yang ketiga. Percubaannya yang pertama ialah pada tahun 1997 dan kemudiannya pada tahun 2007.
Alain Robert merupakan seorang warganegara Perancis yang terkenal dengan kebolehannya untuk memanjat bangunan tinggi tanpa sebarang kelengkapan memanjat. Dalam dua percubaan memanjat Menara Berkembar Petronas sebelum ini, dia ditahan semasa dalam proses memanjat. Jadi, dia tidak pernah berkesempatan untuk menyudahkan misinya itu.

Pada tahun 2007
Alain Robert berminat untuk memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 1997 kerana bangunan ini ialah bangunan tertinggi di dunia pada masa tersebut. Antara bangunan terkenal lain yang pernah dipanjatnya ialah Sydney Opera House, Eiffel Tower, dan Taipei 101.

Alain berada di puncak tertinggi
Dalam usaha ketiga Alain untuk menawan Menara Berkembar Petronas, dia mula memanjat seawal jam 6 pagi (5.45 pagi – Utusan Malaysia). Dia berjaya sampai ke puncak dalam masa lebih kurang dua jam. Berkemungkinan, dia bermula di awal pagi pada tahun ini untuk mengelak ditahan semasa memanjat.

Sebaik sahaja turun, dia ditahan oleh pihak Polis untuk siasatan dan akan didakwa atas alasan menceroboh. Tindakan Alain ini boleh dikatakan sebagai promosi percuma untuk Malaysia. Walaupun tindakan ini boleh dikatakan bodoh-nak-mati, tahniah diucap kepada Alain kerana berjaya juga menawan Menara Berkembar Petronas.
Di bawah ialah video Alain memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 2007. Rasanya tahun ni tiada video dari dalam bangunan sebab mana ada orang datang kerja lagi pada masa tu kan…
Fakta: Alain Robert disahkan sebagai penghidap penyakit vertigo secara kekal yang menjadikan dia kehilangan kebolehan untuk menyeimbangkan tubuh badan. Dia mendapat penyakit ini kerana pernah terjatuh semasa memanjat pada usia 20 tahun.
beliamuda: sempat lagi update walaupun sibuk… (~_~)v
gila…tapi hebat…
.-= hakim´s last blog ..Save me.. =-.
@hakim, cool eh? haha.. memang berani la kan dia ni..
pagi-pagi lagi dah tengok paper kuar cter nih. well done alain, usaha tangga kejayaan. orang Malaysia takdek pun yang brani gitu. ekekehh. neway, penyakit vertigo tu apekemende? wanna search somewhere.. 🙂
@ikin, awal pagi keluar berita, tapi terlewat sehari kan… sebab dia panjat awal pagi sebelumnya…
err, vertigo tu penyakit tak dapat nak imbang diri dengan baik.. kalau jalan, rasa cam terhuyung-hayang dan ada rasa pening…
kata ada vertigo kekal, bole pulak ek dia panjat tinggi2 tu, eee aku ms blaja dulu duk hostel tingkat 5 pun dah gayat masa naik tangga..huhuhu
@jue, tu la.. doktor memang dah cakap awal2 yang dia takkan dapat panjat-panjat lagi lepas tuh.. tpi, dengan semangat yang ada, dia buat juga…
kaw2 hebat..ad vertigo pn leh nek ke puncak klcc..
respek2~~
.-= Wan Pai´s last blog ..Merdeka Bagi Student U =-.
@Wan Pai, tu la pasal… dah la tinggi giler.. boleh pulak berdiri kat atas puncak tu… gayat seyh..
giler ah..mmang keturunan spiderman la dia ni huhuh…
.-= mohdhanif´s last blog ..Usahawan Bermusim Bulan Ramadhan =-.
@mohdhanif, haha.. spiderman mana la pulak kan… hehe
gilak ah..bia betik .. dia panjat tnpa apa2 alat ke..hebat tol..
.-= broSKL´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Merdeka =-.
@broSKL, a’ah.. free style jek.. dia cuma bawa air dan bedak hilang nak hilang peluh jek…
respe betu la boleh dia panjat tanpa ada alatan..dkt kwsn tinggi selalunya angin kuat.
.-= ariey´s last blog ..Mari mendengar Ceramah Agama. =-.
@ariey, bergegar jugak dia rasanya.. huhu
memang hebat! kalo jatuh, mayat berkecai je dia
.-= luthtextile´s last blog ..Ayam golek & gathering Negaraku.Net =-.
@luthtextile, tu la kan.. tinggi giler kot tempat tuh.. melayang2 la dia jatuh…
Tahniah diucapkan pada Alain dan lebih berhati-hati kepada pengawal keselamatan baik csd(Polis Bantuan) atau
selainnya,nasib baik si Alain panjat bawa “telur”,kalau bawa C4 tak tahu apa akan jadi,dah tentu menara hilang
sebelah.Nampak gayanya pengawal keselamatan yang ada tu kena tambah ilmu,nama ilmu tu “teknik pengecaman dalam
gelap”.Teknik ini boleh nampak dan kenal apa objek di dalam gelap atau buat macam pengawal dari Bangla ‘ada kes”
tambah lagi anggota atau tukar terus dengan pengawal dari Nepal lagi hebat.Jangan main-main ini serius,menara tu mercu
tanda,kalau ada pihak yang dengki macam-macam boleh buat.Pikir la sendiri.
Tgok video dia.. wah.. panjat bangunan selamber dia je. Siap senyum lagi.. Tak reti takut la dia..
@Nikuve, kalau ada takut, tak de la pulak dia nak panjat menara tu tanpa alatan kan.. hehe.. respek gak la kat situ…