Sehari sebelum SPM di MRSM PC

Salam sejahtera buat semua.

MRSM PC

Dalam gambar – Nik Akmal (Biro Badar BWP 2005/2006) dan Faris (Presiden BWP 2005/2006)

Pagi itu, debaran untuk mengambil SPM semakin terasa. Tinggal beberapa hari lagi sebelum SPM bermula. Pelajar Tingkatan 4 mula meninggalkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa menandakan bermulanya cuti persekolahan akhir tahun.

Situasi hari itu seperti biasa. Pelajar Tingkatan 5 semuanya sibuk dengan persediaan SPM. Ada yang belajar secara berkumpulan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) yang kecil tu. Ada juga yang berada di kelas. Tidak kurang juga yang hanya lepak di bilik sahaja.

Kehadiran yang tidak diundang

Petang itu, sekitar selepas makan tengah hari, kebanyakan pelajar berada di bilik. Hanya segelintir sahaja yang  berada di PSP. Saya turut sama berada di bilik bersama rakan-rakan sebilik B7; Nadzir, Habi dan E-me yang juga merupakan rakan sekelas. Suasana petang yang sedikit senyap digunakan untuk membelek buku latihan yang digunakan di dalam kelas.

Blok B

Ruang Tengah Blok B daripada perspektif B4 (bilik semasa di Tingkatan 4)

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi derungan enjin motor yang datang daripada jalan belakang kawasan sekolah. Bilik kami yang sememangnya dekat dengan pintu pagar belakang membolehkan kami melihat dengan jelas beberapa buah motor diberhentikan betul-betul di hadapan pintu pagar yang berkunci itu.

Kebetulan Ketua Warden tiada di rumah masa tu. Rumah ketua warden berada di kawasan belakang bilik saya. Lagi dekat dengan pintu pagar tersebut.

Dilihat dua orang daripada mereka mula melompat masuk ke dalam kawasan maktab. Lagaknya seperti samseng. Mereka kemudian bertemu dengan seorang pelajar junior yang memang terkenal dengan masalah disiplin. Dibawa samseng itu menaiki Aras Dua Asrama Bahagia. Asrama ini hanya dihuni oleh pelajar Tingkatan 5. Dilihat, seorang pelajar senior dibawa keluar daripada biliknya. Beberapa rakan turut sama mengekori.

Blok B menghadap B7

Ruang Tengah Blok B menghadap B7

Keadaan menjadi semakin tegang. Perang mulut bermula. Pelajar tadi dibawa ke depan pintu pagar yang mana samseng-samseng lain berkumpul. Keadaan semakin tegang. Semakin ramai pelajar yang berkumpul di kawasan sekitar. Bilik B7 turut dikerumuni pelajar-pelajar lain. Ada juga yang pergi lebih dekat. Kalau dilihat dari bilik B6, keadaan lebih jelas.

Tiba-tiba pelajar Tingkatan 5 tadi melompat keluar. Sebelum sempat dia turun ke tanah, dia telah dipukul berkali-kali dengan topi keledar. Keadaan semakin tegang. Rakan-rakan yang berada di dalam menjerit tidak puas hati dan mengarahkan pelajar tadi supaya masuk semula.

Dia bernasib baik kerana terdapat seorang pelajar daripada Maktab Penguruan Kota Bharu yang juga Abang kepada seorang pelajar Tingakatan 5 berada di tempat kejadian. Walaupun dia tidak mampu mengawal keadaan, sekurang-kurangnya, samseng tadi tidak bertindak lebih ganas.

Saya pun sudah hampir lupa bagaimana keadaan dileraikan dan semua yang berada di tempat kejadian bersurai. Namun, kejadian ini tidak berakhir di sini sebenarnya. Ada sambungan lagi di hari terakhir SPM 2006.

Malam terakhir sebelum kertas Bahasa Melayu

Seperti biasa, kalau bukan studi di bilik, saya dan beberapa rakan akan menggunakan Surau sebagai tempat studi. Ada juga pelajar yang lepak di Blok A (Aspura Tingkatan 4) kerana semua pelajarnya sudah pulang. Lagipun, light off yang tidak pernah dikuatkuasakan digunakan dengan sebaiknya.

Surau dari atas DS

Perspektif Surau daripada atas Dewan Selera

Malam itu, keadaan agak sunyi. Tidak ramai pelajar yang berada di luar kawasan asrama. Semua sibuk melakukan ulang kaji terakhir untuk kertas Bahasa Melayu. Apatah lagi esoknya adalah kertas penulisan.

Saya dan beberapa rakan sekadar membelek-belek majalah dan sumber rujukan yang sesuai untuk dimasukkan sebagai olahan dalam penulisan nanti. Membaca beberapa tajuk yang dikatakan mempunyai kemungkinan tinggi akan disoal dalam soalan kertas Bahasa Melayu nanti.

Masa berlalu pantas dengan kelekaan melakukan ulang kaji. Masa tu rasanya sudah sekitar pukul 11 malam. E-me mengajak saya ke Dewan Selera (DS) untuk minum air di water cooler yang berada di depan Blok E (Aspuri Tingkatan 4).

DS

Dewan Selera MRSM PC (luaran)

Keadaan masa tu sudah gelap dan sunyi. E-me mengambil jalan melalui tengah kawasan DS, sementara saya melalui kawasan luar DS. Saja nak ambil jalan jauh. Kebetulan, kami terserempak dengan dua orang pelajar perempuan yang tidak dikenali. Kelihatan, mereka berlalu ke dalam kawasan Aspuri.

Dalam perjalanan kami kembali semula ke Surau, masing-masing mengambil jalan yang dilalui semasa datang tadi. Saya terlihat kelibat suatu lembaga di Aras Dua Blok E yang kosong tersebut. Terpaku di depan laluan tepi DS, jantung terasa begitu mendebarkan. Selepas E-me menjerit nama saya barulah saya berlalu pergi.

Dalam DS

Dewan Selera MRSM PC (dalaman)

Saya ceritakan kejadian tadi kepada E-me. Tiada respon yang sepatutnya diberikan. Kami berlalu begitu sahaja ke Surau dan pulang ke bilik. Esoknya, semua pelajar Tingkatan 5 menduduki kertas pertama untuk SPM 2006. Saya di pusat pertama, Dewan Besar dan setengah daripada rakan-rakan berada di Dewan Kelas.

beliamuda: [1] Seharian juga nak mengimbau kembali kisah ni. Mengantuk je rasa sepanjang hari ni, dengan mendungnya lagi. Perubahan cuaca sejak seminggu dua ni, nasib baik tak memberikan kesan kepada kesihatan. Kalau ada yang demam pada saat-saat genting macam ni, moga cepat sembuh. [2] Hari ni hari pertama SPM 2009. Semoga berjaya untuk kesemua calon SPM tahun ni. [3] Takde la pulak saya demam lepas tengok kelibat lembaga tu…

23 thoughts on “Sehari sebelum SPM di MRSM PC

  1. gaduh perkara biasa kat sekolah aku.even waktu macam perhimpunan rasmi,P&P,peperiksaan.memang biasa sangat.aku pun dah lali dengan perangan bodoh tu.
    tapi pasal lembaga tu,aku tak pernah jumpe pulak.walaupun sekolah aku tu wujud sejak zaman British dulu
    .-= loq´s last blog ..Selamat Mengerjakan Haji Ibu Dan Ayah =-.

  2. Assalamualaikum belia muda. Selamat menduduki peperiksaan yang penting. SPM adalah jalan utama untuk anda menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Gunakan peluang keemasan ini sebaik mungkin. Good Luck

  3. hehe… konflik budak2 sekolah yang mana otaknya masih lagi remaja dan tersasar dari ajaran yg sebenar… bila dh meningkat baru terasa bodohnya diri… nice pi…nati ad chance let me scribe my “mrsm pc” life….hahha…

Leave a Reply to youthjihad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge