LRT Extension Project (LEP): 4 Stesen Aliran Ampang Mula Operasi 31 Oktober

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

LRT Extension Project

Prasarana mengumumkan mereka telah mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memulakan operasi empat buah stesen baharu di jajaran Aliran Ampang bermula 31 Oktober 2015.

Empat buah stesen di laluan Aliran Ampang (baca: Ampang Line) ini adalah Stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 yang bersambung dengan Stesen LRT Sri Petaling.

Bagi yang biasa menggunakan laluan Lebuhraya Bukit Jalil – Puchong (FT217), pasti akan perasan kewujudan dua buah stesen yang betul-betul berada di jalan ini iaitu Stesen LRT Alam Sutera dan Stesen LRT Kinrara BK5. Jalan ini telah mengalami kerosakan yang teruk sejak pembinaan jajaran baru LRT bermula tiga tahun lepas.

Oleh kerana laluan baru LRT Aliran Ampang akan mula beroperasi sehingga ke stesen terahir di Kinrara BK5 pada 31 Oktober nanti, sebahagian Lebuhraya Bukit Jalil – Puchong telah diturap semula sejak beberapa minggu yang lalu dan terdapat perubahan yang ketara di beberapa laluan keluar dan masuk sepanjang jalan ini untuk memudahkan aliran trafik ke kawasan stesen LRT.

Stesen LRT Kinrara BK5

Gambar Street View yang dirakam pada Dis 2014 di Google Map

Setakat 4 Oktober yang lalu, aliran trafik yang baru ini masih lagi belum beroperasi. Sebagai salah seorang penyunting peta Waze di Malaysia, saya akan pastikan perubahan aliran trafik ini dikemaskini dalam peta Waze apabila ianya dikuatkuasakan kelak, kemungkinan pada penghujung bulan ini.

Keempat-empat stesen LRT yang bakal beroperasi ini juga telah ditanda dalam peta Waze. Kemaskini lanjut akan dibuat apabila stesen ini beroperasi kelak. Harga tiket bagi laluan yang baru ini masih lagi belum diumumkan oleh RapidKL.

Tren enam gerabak juga akan mula beroperasi di LRT Aliran Ampang pada hari yang sama stesen yang baru ini dibuka. Stesen-stesen baru yang lain di laluan Aliran Ampang ini akan mula beroperasi bermula Mac 2016.

beliamuda: Stesen terdekat dengan rumah sekarang ni adalah Stesen LRT Kinrara BK5 yang berhadapan dengan Giant Hypermarket Bandar Kinrara.

One thought on “LRT Extension Project (LEP): 4 Stesen Aliran Ampang Mula Operasi 31 Oktober

  1. Hi admin, i must say you have very interesting posts here. Your page should go viral.
    You need initial traffic boost only. How to get
    it? Search for; Mertiso’s tips go viral
    83Sandy´s last blog about ..83SandyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge