Sarapan Pagi di Roti Canai D’ Bukit

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Lokasi Roti Canai D' Bukit

Paparan lokasi Roti Canai D’ Bukit di Peta Waze

Sebelum ni dah berjanji dengan isteri tersayang untuk bawa dia pergi makan roti canai di Roti Canai D’ Bukit Bandar Baru Bangi, maka janji itu telah tertunai pagi tadi. Kali pertama juga saya sampai di sana.

Kami bergerak dari Kinrara pada pukul 7.45 pagi dan sampai kira-kira 25 minit kemudian. Kelihatan kereta parkir di jalan utama iaitu Persiaran Jaya berdekatan dengan lampu isyarat kerana jalan masuk (jalan kecil) ke kawasan kedai tersebut berdekatan dengan jalan ni (seperti gambar di bawah).

Roti Canai D' Bukit

Kawasan parkir di hadapan kedai juga telah penuh dengan kereta dan kami bernasib baik dapat parkir disebabkan kelebihan kereta yang kecil.

Ambil masa juga untuk kami dapat tempat duduk sebab orang dah ramai. Akhirnya kami dapat meja selepas dibantu oleh pekerja di situ. Duduk berkongsi meja dengan orang lain di sebuah meja yang panjang.

Apa lagi, kami terus order roti canai telur bawang dan sardin dengan kuah kari kambing (untuk dua orang). Seperti dijangka, kuah sampai dulu sebelum rotinya. Kuah dal, kari dan sambal boleh diambil sendiri (layan diri) kalau nak tambah.

Roti canainya lembut. Stail melayu. Cuma kuah kari kambing tak berapa kick bagi saya. Daging kambingnya memang banyak. Saya lebih suka kuah dal yang dicampur sambal. Memang sedap. Selain roti canai, ada lagi makanan sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak. Mee bandung Muar pun ada. Yang ini target untuk kedatangan yang seterusnya.

Selesai sarapan pagi di sana, kami bergerak ke Taman Botani Putrajaya. Tapi jerebu agak teruk hari ni membataskan aktiviti di luar rumah. Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) pun telah dibatalkan…

beliamuda: Tiada gambar makanan diambil sebab terus makan sebaik roti canai sampai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge